Senarai Pusat Pengajian & Fakulti di UniMAP
1. Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan
Selamat Datang ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan. Kami menawarkan program pasca ijazah dan pra-ijazah yang terbaik dan menjanjikan peluang peningkatan kerjaya anda. Sila layari Laman Web Rasmi Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan untuk informasi lanjut.
2. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik adalah pusat pengajian yang pertama ditubuhkan di UniMAP iaitu pada 30 April 2002. Pada awal penubuhannya, pusat pengajian kejuruteraan ini hanya menawarkan satu program ijazah sarjana muda iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik. Diikuti pada tahun 2003, sebuah lagi program telah ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektronik dan seterusnya program kejuruteraan yang ketiga iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Fotonik telah ditawarkan pada tahun 2008.
3. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik menawarkan program-program pengajian yang membawa kepada B.Eng (Kejuruteraan Mekatronik), B.Eng (Kejuruteraan Mekanikal), B.Eng (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik telah diasaskan dengan matlamat umum untuk melahirkan jurutera-jurutera yang bukan sahaja mahir dalam bidang pengkhususan teknikal seperti pengautomatan dan robotik, malah dilengkapi dengan kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, teknologi dan sistem maklumat.
4. Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik menawarkan tiga program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Semua program yang dijalankan di Pusat Pengajian Sistem Elektrik ini menitikberatkan kepada aspek merekabentuk mesin elektrik, peralatan sistem elektrik, peralatan elektronik kuasa dan pengurusan tenaga untuk kegunaan industri.
5. Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan menawarkan dua buah program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Pembuatan ) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk ) dan juga satu program Diploma Kejuruteraan iaitu Diploma Kejuruteraan Pembuatan.
6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan
Bidang Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Polimer adalah berkaitan dengan struktur dan sifat bahan-bahan yang mempunyai aplikasi-aplikasi kejuruteraan. Jurutera Bahan, Jurutera Metalurgi dan Jurutera Polimer bertanggungjawab merekacipta, menghasilkan, memeriksa dan menguji bahan seperti aloi logam kejuruteraan, semikonduktor, superkonduktor, seramik, polimer, plastik dan komposit. Ketiga-tiga program ini menitikberatkan kaedah ‘lab-intensive’ dalam semua kursus yang ditawarkan.
7. Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) merupakan pusat pengajian ke-tujuh yang dibangunkan di UniMAP pada Januari 2006. PPKAS menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam.
8. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (PPKB) ditubuhkan pada Oktober 2005 setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi. PPKB menawarkan empat program Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biosistem, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian).
9. Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan
Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT) telah diluluskan penubuhannya pada 4 Jun 2010. PPIPT telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi pemangkin dalam perjalanan pengetahuan ekonomi dan perantaraan dalam bidang perniagaan dan pengurusan untuk semua jabatan dan kolej kejuruteraan khususnya, serta masyarakat Perlis secara amnya. Untuk senarai program yang ditawarkan, sila ke Laman Web Rasmi PPIPT.
10. Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM)
Selamat datang kepada semua pelajar Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM)matlamat kami adalah membangunkan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar UniMAP dalam bidang yang berbeza seperti bahasa, komunikasi sosial, sejarah budaya dan idea berkaitan teknologi maklumat. Kemudian mereka akan mampu untuk memahami dan bekerja dengan mudah dengan dunia luar dan mendapatkan pengetahuan komunikasi yang cukup untuk membangunkan negara ini dan menjadi sebahagian daripada ahli sains dan pencipta di dunia
11. Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Fe-Tech) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2013. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Universiti Teknikal di Malaysia di bawah 'Malaysian Technical University Network' (MTUN), iaitu mendidik dan melatih tenaga kerja yang berbakat besar untuk menyumbang kepada negara-negara perindustrian maju, disamping menjadi pemangkin kepada strategi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
12. Pusat Pengajian Diploma (PPD)
Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2013. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Universiti Teknikal di Malaysia di bawah 'Malaysian Technical University Network' (MTUN), iaitu mendidik dan melatih tenaga kerja yang berbakat besar untuk menyumbang kepada negara-negara perindustrian maju, disamping menjadi pemangkin kepada strategi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.