A+ A A-

UniMAP-USU Bakal Perkukuh Hubungan Antarabangsa

PAUH PUTRA, 30 Jan - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal memperkukuhkan hubungan strategik bersama Universiti Sumatera Utara (USU), Indonesia.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata, lawatan Strategik empat hari ke Medan Indonesia telah membuahkan hasil dengan beberapa potensi kerjasama yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat antaranya bersama USU.

“Hasil perbincangan bersama pihak USU kita telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama dalam  bidang penyelidikan, program dua ijazah (double degree) untuk pasca sarjana serta pertukaran staf bagi kedua universiti.

 

“Selain itu, kita juga bakal meneroka lebih banyak bidang kerjasama yang boleh dilaksanakan di masa akan datang,”katanya ketika dihubungi di sini.

USU diwakili wakil Rektornya,  Prof. Dr. Muhammad Fidel Ganis Siregar serta Pengarah Pascasiswazah USU, Prof. Dr. Robert Sibarani, MS.

Turut hadir dalam lawatan itu, Timbalan Naib Canselor  Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof Ir. Dr Rizal Arshad, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairuddin Md Arshad serta Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP.

Sementara itu, pengurusan USU juga melihat terdapat peluang baik untuk menghantar staf mereka menyambung belajar di UniMAP dengan tawaran menang menang di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) yang bakal ditanda tangani dalam waktu terdekat.

Untuk rekod USU dan UniMAP mempunyai hubungan yang baik sejak 10 tahun lalu dalam rangkaian Indonesia, Malaysia dan Thailand Growth Triangle (IMTGT).

Tagged under: UniMAP,