- المجموعة: BERITA - Malay
- كتب بواسطة: Aininulniza
Teruja Berbuka Puasa Bersama Keluarga
Oleh : Suhana Abd Mutalib & Aininulniza Mohd Yusof
Pauh Putra, 29 April - Selepas lebih dua bulan tidak bertemu keluarga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, para pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkongsi keterujaan masing-masing apabila dapat berbuka puasa bersama keluarga hari ini.
Bagi Siti Nor Aisyah Mohd Shamsudin, dari Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) berkata, sebaik sahaja mengetahui yang dia akan menyertai kelompok pelajar UniMAP pulang pada hari ini, ibunya telah bersedia dengan menyediakan juadah kegemarannya.
Ujarnya yang berasal dari Kangar meskipun jarak antara UniMAP dan kediamannya tidak begitu jauh, namun PKP yang mula dilaksanakan 18 Mac lalu menjadi penghalang untuk dia pulang bertemu keluarga.
“Jika sebelum ini saya boleh sahaja pulang menyambut Ramadan bersama keluarga, namun suasana kali ini amat berbeza. Saya sendiri tidak menjangkakan PKP akan berlarutan sebegini lama sewaktu memilih untuk kekal di asrama di awal pelaksanaannya dahulu di samping menyiapkan kerja yang diberi pensyarah bersama rakan-rakan.
“Namun sebaik sahaja kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi kelonggaran pergerakan seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan diri hanya disebabkan rindu juadah yang disediakan ibu.
“Tinggal di UniMAP memang seronok, kebajikan terjaga, makanan pun sentiasa mencukupi, namun kerinduan yang mendalam memanggil saya untuk pulang bersama keluarga,” ujarnya yang selamat tiba di rumahnya di Jalan Raja Muda, Bintong kira-kira jam 4 petang.
Siti Nor Aisyah merupakan sebahagian daripada 57 pelajar UniMAP yang bergerak ke destinasi masing-masing di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menggunakan lima buah bas dan dua van.
Seorang lagi pelajar, Nor Fauziana Ghazali yang berasal dari Karangan, Kulim pula tidak menyimpan hasrat untuk berbuka puasa bersama keluarga hari ini memandangkan dia sedia maklum pergerakan harus mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP) yang ketat.
“Walaupun Perlis dan Kedah adalah negeri yang berjiran dan jarak rumah mengambil masa kira-kira dua jam lebih sahaja, namun SOP menetapkan ketibaan adalah di pejabat daearah atau balai Polis terdekat, justeru saya merasakan tidak sempat untuk berbuka bersama keluarga.
“Namun, Alhamdulillah,syukur semua prosedur berjalan dengan mudah dan saya sempat tiba di rumah sebelum azan Maghrib. Seronok dapat melihat mak ayah dan adik beradik memenuhi ruang makan untuk berbuka bersama-sama. Terima kasih kerajaan Malaysia dan KPT yang menyediakan peluang ini kepada kami, sesungguhnya ia adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan bersyukur kerana semua pelajar fasa Zon Utara yang mendaftar selamat tiba ke pangkuan keluarga.
“Untuk hari ini semua proses berjalan dengan lancar dan fasa berikutnya ke zon Pantai Timur akan bergerak pada 2 Mei ini. UniMAP akan terus memastikan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan akan dipatuhi bagi menjamin keselamatan pelajar.
“Seronok hari ini melihat keterujaan para pelajar yang gembira untuk memulakan perjalanan, ada antara pelajar yang menterjemahkan kegembiraan masing-masing melalui beberapa kertas yang mengandungi tulisan antaranya #tqDatoNoraini #tqUniMAP #BalikKampung dan #FightCovid19.
“Saya mewakili UniMAP ingin menzahirkan ucapan terima kasih buat kerajaan Malaysia dan KPT yang memberi kelonggaran pergerakan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta untuk pulang ke pangkuan keluarga serta semua anggota bomba dan polis yang memastikan keselamatan pelajar,” ujarnya lagi.