- المجموعة: BERITA - Malay
- كتب بواسطة: Fazemil
UniMAP ANJUR ICoTriCE 2021
Oleh: Nurul Aida Othman
PAUH PUTRA, 5 Oktober - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Kecemerlangan (CoE) Penggunaan Biojosim dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) berjaya menganjurkan 1st International Conference on Trends in Chemical Engineering 2021 (ICoTriCE 2021) selama dua hari secara dalam talian, bermula semalam.
Timbalan Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail berkata pemilihan tema Redefining Chemical Engineering towards a Sustainable Future adalah bersesuaian dan tepat pada masanya dalam mengatasi perubahan iklim dan menjadi sumber yang efisien tanpa merosakkan ekonomi.
“Saya percaya situasi ini sangat genting untuk kita mentakrif semula diri dan penyelidikan agar dapat menangani cabaran global tanpa merosakkan ekonomi dan keselamatan, sekurang-kurangnya jika bukan untuk kita tetapi kepada generasi akan datang.
“Semoga ICoTriCE 2021 akan membantu semua penyelidik, ahli akademik dan para pelajar untuk bersinergi dan bekerjasama dalam kemajuan kejuruteraan kimia untuk kelestarian masa hadapan,” katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor bagi perasmian ICoTriCE 2021.
Turut hadir adalah dua penyampai ucaptama iaitu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud; dan Loughborough University, United Kingdom, Dr. Goran Vladisavljevic; dan Dekan FTKK, Prof. Madya Dr. Muhammad Syarhabil Ahmad.
Tambah Prof. Dr. Rizalande, beliau percaya semua peserta akan mendapat ilmu baharu dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran global sebagai penyelidik dan juga jurutera.
“Walaupun dalam COVID-19, kita menerima jumlah penyertaan peserta yang agak besar malah jumlah manuskrip juga diterima dari dalam dan luar negara.
“Tambahan pula, penyampai ucaptama juga akan berkongsi penyelidikan terkini dan perspektif bersama peserta,” katanya.