A+ A A-

UniMAP - GREEN IBS CONSULT TANDATANGANI MoU

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 30 November - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Green IBS  Consult Sdn. Bhd. yang berlangsung Bangunan Canselori Kampus Induk UniMAP di sini, semalam. 

UniMAP diwakili Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli manakala Green IBS Consult diwakili pengarahnya, Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa. 

 

MoU ditandatangani bagi membentuk kerjasama dalam beberapa bidang yang bakal memberi manfaat kepada dua-dua pihak seperti latihan industri kepada pelajar UniMAP; membangun serta jaminan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP; dan sebagai perangsang bagi mengalakkan aktiviti penyelidikan dalam bidang IBS.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan; Pengarah Bersama Green IBS Consult, Ir. Ts. Saiful Adli Abdul Karim; dan Ketua Jabatan Struktur Green IBS Consult, Fadlullah Mat Ali. 

 

 

 



Tagged under: UniMAP, berita,