- المجموعة: BERITA - Malay
- كتب بواسطة: Mohd Afif Md Jamel Khir
UniMAP MENDAPAT TEMPAT KE-11 DI KALANGAN 367 UNIVERSITI MALAYSIA YANG DISENARAIKAN DALAM PENARAFAN WEBOMETRICS, EDISI JANUARI 2023
PAUH PUTRA, 7 Februari - Berdasarkan keputusan penarafan Webometrics pada Edisi Januari 2023, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di kedudukan ke-11 dalam kalangan 367 universiti Malaysia yang disenaraikan oleh Webometrics Ranking of World Universities (WRWU). Tahniah diucapkan kepada UniMAP kerana telah meningkatkan kedudukan peringkat dunia daripada tangga ke-1575 kepada tangga ke-1405 dan kedudukan peringkat Malaysia daripada tangga ke-15 kepada tangga ke-11. (Sumber: https://www.webometrics.info/
Sistem penarafan Webometrics adalah berdasarkan kriteria berikut: keterlihatan, ketelusan atau keterbukaan dan kecemerlangan atau kesarjanaan. Untuk kriteria keterlihatan, perkara yang diambil kira ialah bilangan pautan luar yang diterima. Untuk ketelusan atau keterbukaan berdasarkan bilangan kutipan daripada 310 penulis teratas (tidak termasuk 30 outliners teratas). Akhir sekali, untuk kecemerlangan atau kesarjanaan adalah berdasarkan bilangan kertas kerja antara 10% teratas yang paling banyak disebut dalam setiap satu daripada semua 27 disiplin pangkalan data penuh dalam tempoh lima tahun: 2017-2021.
Matlamat penarafan adalah untuk meningkatkan keterlihatan institusi akademik dan penyelidikan pada laman web rasmi dan juga mempromosikan penerbitan hasil saintifik dengan capaian terbuka.
Semoga pencapaian ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.