A+ A A-
  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Guna Teknologi Pengesanan Lokasi Pantau Keselamatan Pelajar Dan Staf

ARAU, 24 Mac – Selepas memperkenalkan teknologi koordinat Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi merekodkan kehadiran stafnya di kampus, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maju setapak lagi dengan meluaskan capaian teknologi pengesanan lokasi ke seluruh Malaysia bagi memantau keselamatan para pelajar dan staf.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui teknologi tersebut, kesemua warga UniMAP boleh mengemaskini kedudukan masing-masing tidak kira di mana mereka berada dan universiti seterusnya boleh membuat analisis data keberadaan staf sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar beliau, bagi memastikan tahap keselamatan data peribadi staf dan pelajar, akses kepada analisis data ini hanya terhad kepada beberapa individu sahaja selain paparan koordinat GPS juga tidak akan dipaparkan di skrin telefon pintar staf dan pelajar.

اِقرأ المزيد: UniMAP Guna Teknologi Pengesanan Lokasi Pantau...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang COVID-19

Oleh : Mohd Basri Basir

KANGAR 24 Mac.– Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah membantu Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang untuk memasang Terowong Sanitasi Mudah Alih (Mobile Sainitizing Tunnel).


Pemasangan terowong sanitasi tersebut merupakan keperluan kecemasan bagi mencegah penularan COVID 19  dengan menghilangkan virus atau bakteria yang melekat pada pakaian pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pemasangan produk penyelidikan UniMAP itu merupakan salah satu sumbangan bagi membantu barisan hadapan yang sedang melawan COVID 19.

“Ini merupakan salah satu sumbangan kecil kita untuk bersama-sama membantu barisan hadapan yang sedang berusaha keras melawan virus yang melumpuhkan dunia pada hari ini.

اِقرأ المزيد: USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

Ibu Ayah Usah Bimbang

Oleh : Nurul Aida Othman & Suhana Abd Mutalib

Arau – “Ibu, Ayah, serta waris pelajar, usahlah bimbang dan gusar, Insya Allah anak-anak kalian berada dalam keadaan baik dan selamat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).”
Demikian antara pesanan Naib CanSelor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada waris lebih 750 pelajar yang kini menghuni Pusat Penempatan Sementara UniMAP di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah di Pauh Putra.
Menurut beliau, selain dipantau oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan sendiri, seramai 15 petugas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) turut berada di kolej kediaman untuk membantu menguruskan keperluan pelajar.

اِقرأ المزيد: Ibu Ayah Usah Bimbang

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Mengalu-alukan Sumbangan COVID-19

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA: Selepas melancarkan Tabung Bantuan Bencana Covid-19 (TBBC) baru-baru ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)menerima pelbagai sumbangan daripada individu mahupun syarikat swasta.

Selain sumbangan menerusi pindahan segera (instant transfer) dan aplikasi JomPay, Universiti turut menerima peralatan bagi memudahkan urusan saringan kesihatan terhadap pelajar yang menginap di dalam kampus.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad berkata pihak Universiti menerima 34 botol pembasuh tangan dan empat unit jangka suhu dari Examust Sdn Bhd selain sumbangan makanan daripada Rass Design yang diletakkan di Bank Makanan Siswa.

Ujarnya, negeri Sabah dan Selangor juga turut memberi tajaan makanan kepada anak-anak pelajar UniMAP yang tidak pulang ke kampung dengan menempah terus di kafeteria di penempatan berpusat di Kolej-kolej Kediaman di dalam kampus, di sini.

اِقرأ المزيد: UniMAP Mengalu-alukan Sumbangan COVID-19

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP CIPTA KEPELBAGAIAN AKTIVITI DALAM CUTI WABAK COVID-19

Arau – Selepas menghasilkan inovasi dalam teknologi merekod kedatangan menggunakan GPS, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), memanfaatkan tempoh tempoh dua minggu Arahan Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan menyediakan pelbagai inovasi dalam program dan aktiviti menarik khusus untuk mengisi masa terluang para pelajar.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, kesemua program tersebut dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) di bawah penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Beliau menjelaskan, meskipun terbuka kepada semua pelajar, penganjuran program tersebut antara lainnya bertujuan mengisi masa terluang lebih 750 pelajar yang memilih untuk terus kekal di Pusat Penempatan UniMAP sepanjang tempoh kawalan tersebut.

Jelasnya lagi, memandangkan kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dihentikan buat sementara waktu, justerus penganjuran aktiviti tersebut diharap dapat membantu pelajar mengisi waktu dengan aktiviti yang berfaedah.

اِقرأ المزيد: UniMAP CIPTA KEPELBAGAIAN AKTIVITI DALAM CUTI...