PERUTUSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP
Saudara muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Aza Wajalla sekalian,
Dalam kita menghitung detik untuk menyambut lebaran Syawal 1436 Hijrah yang bakal menjelma tidak lama lagi, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadratNya Yang Maha Agung kerana masih dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana yang aman dan harmoni.
Sambutan Aidilfitri ini adalah tanda kemenangan kita menewaskan musuh yang ada dalam diri kita sendiri iaitu hawa nafsu. Kita bertarung menahan diri dari lapar dan dahaga serta mentarbiahkan diri dengan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.
Walaupun dalam keseronokan, janganlah kita terlalu leka sehingga melebih-lebih dalam menyambutnya. Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, pastikan keselamatan kediaman saudara saudari dan periksalah kenderaan agar berada dalam keadaan yang baik. Maklumkan kepada jiran sepanjang ketiadaan saudara saudari di rumah. Malah laporkan kepulangan saudara saudari ke balai polis yang berdekatan agar memudahkan sesi rondaan anggota bertugas di kawasan kediaman kita.
Apabila memandu, pandulah dengan berhemah. Sentiasa berwaspada dan bersabar dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam pemanduan. Ingatlah mereka yang menanti saudara saudari di rumah. Biarkan kepulangan kita nanti disambut dengan kegembiraan, bukannya tangisan. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Dalam kita bergembira menanti detik tibanya Syawal yang mulia, sama-samalah kita saling mengingati hak-hak golongan asnaf yang memerlukan perhatian dan sokongan agar dapat bersama-sama meraikan Aidilfitri. Untuk itu, tunaikanlah kewajipan kita dengan menunaikan zakat fitrah pada Hari Raya Aidilfitri ini. Untuk itu, saya Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan seluruh warganya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Biar Hati Sejernih Air Jangan Pula Dipenuhi Lumpur Kalau Salah Belum Berakhir Moga Diampun Dengan Rasa Syukur
Jika Budi Dipenuhi Ikhlas Jangan Ia Disulam Tuba Jika Ada Salah Belum Dibalas Pohon Keampunan Di Hari Raya
Biar Amarah Disunting Senyum Ibarat Pekerti Disulam Kasih Pinta Dihalal Makan Dan Minum Moga Rezeki Tidak Tersisih Sekali lagi, pesanan saya…, ‘Jadikan Syawal ini, Syawal yang dinanti, bukanlah Syawal yang ditangisi’
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.
Seperti yang kita tahu, pendidikan merupakan sebuah roda kemajuan. Dan apakah pendidikan? Ia adalah proses mendapatkan maklumat daripada sekitar anda dan mentafsirkan ia menjadi pengetahuan yang berguna. Di UniMAP, kita melatih pelajar-pelajar kita untuk bersungguh-sungguh mendapatkan maklumat di sekeliling mereka dan membawa ia kepada kita supaya kita boleh memulakan proses pendidikan yang sebenar - iaitu untuk menjadikan maklumat kepada "pengetahuan yang berguna".
Itulah sebabnya di UniMAP kita memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran. Kami membimbing pelajar untuk memahami dan merasai pelbagai sumber pendidikan di sekeliling mereka (dan saya fikir segala-galanya yang mengelilingi kita adalah pendidikan), dan dengan kreatif menganalisis sumber berkenaan untuk kegunaan yang baik. Itulah matlamat yang kita cari.
UniMAP telah agak berjaya dalam menghasilkan jurutera yang sangat berdaya saing juga diidami oleh industri. Untuk sedekad yang lalu, UniMAP telah dikenali sebagai universiti kejuruteraan. Tetapi sekarang, kita juga telah melebarkan sayap kami untuk merangkumi program-program berasaskan perniagaan.
Selain daripada pengetahuan asas dan lanjutan yang ada pada pelajar-pelajar kita, UniMAP juga banyak melabur dalam program yang membantu dalam pembangunan peribadi pelajar. Semua ini bukan sahaja akan menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang kejuruteraan atau perniagaan pilihan mereka, tetapi juga mampu menjadi usahawan bebas yang mempunyai ciri-ciri terpuji dan dipuji.
Jika anda sedang mencari pengalaman pendidikan yang memupuk kedua-dua pasif dan aktif naluri belajar anda, cuba UniMAP. Anda akan mendapati bahawa kita masih muda dan tangkas dan akan membuat yang terbaik untuk menjadikan pengalaman pendidikan anda memuaskan.
Award for Outstanding Contribution to Education (Education Leadership) Dianugerahkan kepada Naib Canselor oleh The Golden Globe Tigers Summit-Awards 2015 di Prince Hotel and Residence, Kuala Lumpur
25 Mac 2015
2.
International Socrates Award in Education Dianugerahkan kepada Naib Canselor oleh Europe Business Assembly, Oxford UK di Vienna Austria
30 Disember 2014
3.
Best Quality Leadership Award in The Platinum Category oleh European Sociey for Quality Research, di Las Vegas
9 Disember 2014
4.
Top Research Saintis Malaysia (TRSM) 2014 kepada Naib Canselor, Prof. Dr. Uda Hashim, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dan Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali oleh Akademi Sains Negara
8 Disember 2014
5.
The Golden Europe Award for Quality & Commercial Prestige oleh Association Otherways Management & Consulting - France (OMAC), di Geneva, Switzerland
27 Oktober 2014
6.
Worldcob CSR:2011.2 oleh BIZZ bagi penglibatan di dalam aktiviti CSR
22 September 2014
7.
Lincoln Peace Prize Dianugerahkan kepada Naib Canselor oleh Korea University Invetion Association (KUIA)
8 Ogos 2014
8.
Award for Outstanding Contribution to Education kepada Naib Canselor oleh World Education Congress, di Mumbai, India
28 Jun 2014
9.
The New Era Award of Technology, Innovation & Quality from Otherways Management Association di Rome, Itali
23 Jun 2014
10.
Ijazah Kehormat Hubungan Antarabangsa (Doctor Honoris Causa) kepada Naib Canselor oleh Karabuk University, Turki
26 Mei 2014
11.
The Peak of Success Award The BIZZ 2014 anjuran World Confederation of Businesses, di Venice, Itali
26 April 2014
12.
Penarafan QS Stars tiga bintang bersandarkan kepada penilaian yang dibuat oleh badan penarafan terkenal dunia QS Intelligence Unit
8 April 2014
13.
The Name in Science & Best Campus Award kepada Naib Canselor oleh Europe Business Assembly
17 Disember 2013
14.
Top Research Scientist Malaysia oleh Akademi Sains Negara Dianugerahkan oleh Akademi Sains Negara kepada Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah
17 Disember 2013
15.
Merit of Commandeur Belgian Chamber of Inventors Dianugerahkan kepada Naib Canselor & Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah
14 Disember 2013
16.
Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia
13 Disember 2013
17.
King Sejong Inventor Order of Merit 2013 Dianugerahkan kepada Timbalan Dekan, Pengurusan Akademik Dr. Hakimah Osman
12 Disember 2013
18.
European Award for Best Paractices from Europe Society for Quality Research
8 Disember 2013
19.
Anugerah Tokoh Pemikir GPMS oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
22 November 2013
20.
The Majestic Five Continents Award For Quality & Excellence Awarded by The Association Otherways Management & Consulting Paris-France
17 November 2013
21.
Organization's Quality Award for the category of Government Agencies from SIRIM Malaysia Berhad (SIRIM)
15 November 2013
22.
Anugerah Loreal Malaysia – Woman In Science Dianugerahkan kepada Timbalan Dekan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Ruslinda A. Rahim
5 November 2013
23.
Tokoh Maal Hijrah 2013 (Pembangunan Pendidikan) Peringkat Negeri Perlis
4 November 2013
24.
The BIZZ Winner 2013 Business Excellence Certificate from World Confederation of Businesses (WORLDCOB)
29 September 2013
25.
The Golden Award for Quality & Business Prestige Rome
24 Jun 2013
26.
Anugerah Harta Intelek Negara 2013 (AHIN 2013) untuk Kategori Paten Diterima oleh Prof. Dr. Uda Hashim,Pengarah Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE), UniMAP
15 Jun 2013
27.
Anugerah ‘Outstanding Vice Chancellor’
27 April 2013
28.
Manager of The Year Awarded by the Europe Business Assembly (EBA)
11 April 2013
29.
Best Enterprise Awarded by the Europe Business Assembly (EBA)
11 April 2013
30.
Anugerah pada Malam CITRA Inovasi Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Yang Berbahagia Ts. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal
Naib Canselor UniMAP
Biografi Ringkas
YBhg. Kol. (K) Dato' Prof. Ts Dr. Zul Azhar yang dilahirkan di Taiping, Perak dan mendapat pendidikan menengah di Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Beliau mempunyai kelayakan sarjana muda dan sarjana dalam bidang Fizik daripada Western Michigan University, masing-masing dalam tahun 1985 dan 1987.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di University of Liverpool dalam bidang Kejuruteraan Bahan dengan pengkhususan Fabrikasi dan Pencirian Bahan Elektronik.
Kemudian beliau menyambung perkhidmatan di USM sehinggaUniMAP(pada waktu itu KUKUM) ditubuhkan pada tahun 2002.
DiUniMAP, Dato’ Prof. Dr Zul Azhar telah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik sehingga tahun 2006. Seterusnya beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan TimbalanNaib Canselor(Penyelidikan & Inovasi) selama 3 tahun.
Pada tahun 2011, beliau telah dilantik pula sebagai TimbalanNaib Canselor(Akademik & Antarabangsa). Setelah mantanNaib CanselorUniMAPtamat tempoh pelantikan pada bulan Februari 2016, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar telah diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugasNaib Canselorsehingga kini.
Pengalaman YBhg. Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar dalam bidang pentadbiran menjadikan beliau calon yang sesuai untuk memimpinUniMAPke tahap yang lebih tinggi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah melangkah ke tahun baru 2015. Begitu cepat masa berlalu dan UniMAP kini telah berusia 13 tahun.
Dalam kegembiraan kita melayari pelbagai kejayaan dan anugerah yang kita perolehi sepanjang 2014, ada juga sahabat kita sedang dirundung duka di negeri-negeri Pantai Timur disebabkan musibah banjir.
Tragedi yang melanda awal Disember lalu amat memberikan kesan yang mendalam terhadap saya dan seluruh warga UniMAP. Atas kesedaran itu, kita telah menghantar pasukan 7 Fasa sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa di Kelantan. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru agar semua pihak turut membantu meringankan beban yang ditanggung mereka ini.
Kita tinggalkan seketika kesedihan mangsa banjir di Pantai Timur, terlebih dahulu, di sini ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga UniMAP yang selama ini bertungkus lumus bersama dengan saya untuk memajukan dan menaikkan nama UniMAP yang kita sayangi ini. Segala usaha anda semua hanya Allah yang mampu membalasnya. TERIMA KASIH.
Sebagai permulaan tahun baru ini, ingin saya kongsikan sedikit info psikologi sebagai persediaan kita di tahun baru ini. Info ini disediakan Oleh Kaunselor dari Pusat Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi UniMAP.
Tips bagi awal tahun ini adalah mengenai “mengatasi stress”saya pasti bukan mudah sebagai staf dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Masalah seperti tekanan dari pihak atasan, bebanan kerja yang melampau, pengurusan masa dan sebagainya akhirnya akan mengundang stress.
Bagi membantu mengatasi tekanan yang dihadapi di tempat kerja berikut disenaraikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk kita.
Bersikap realistik terhadap pekerjaan anda
Merancang Kerja dengan baik
Mengamalkan komunikasi berkesan
Tingkatkan sokongan sosial
Mengamalkan Gaya hidup Sihat
Amalan kerohanian
Semoga tips yang dikongsikan ini akan dapat diamalkan semua warga UniMAP bagi mengekalkan kesihatan kita semua, kerana staf merupakan aset yang paling berharga bagi sesebuah organisasi.
Rasanya cukuplah setakat ini coretan saya pada kali ini, semoga apa yang disampaikan ini akan dapat menjadi pedoman buat kita bersama,