A+ A A-

Pusat Pemantapan Akademik UniMAP

 

Centre for International Languages, UniMAP1.  Pusat Bahasa Antarabangsa

Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bahasa Antarabangsa (Dil). Ditubuhkan pada 1 Mac, 2013, Pusat ini memberi tumpuan kepada menyediakan pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Perlis, dan masyarakat di sekitar, dengan peluang yang besar untuk belajar bahasa.

 

 

Pusat Ko-Kurikulum UniMAP2. Pusat Ko-Kurikulum

Pusat Ko-Kurikulum, merupakan sebuah pusat perkhidmatan akademik. Ia menawarkan kursus-kursus keperluan universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar termasuk ko-kurikulum untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Badan Berunifrom untuk pelajar Diploma. Antara matlamat pusat ini adalah untuk mengembang dan memajukan bakat yang ada pada para pelajar di dalam bidang ko-kurikulum supaya dapat diketengahkan untuk mewakili UniMAP ke peringkat luar, mendedahkan aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, serta disiplin kepada para pelajar dan memperbanyakkan platform kerjasama diantara universiti lain samada di dalam atau luar negara melalui aktiviti kokurikulum.

Centre for International Languages, UniMAP3. Pusat Kerjasama Industri & Agensi Kerajaan (Center For Industrial Collaboration, CIGC)

CIGC, berperanan menjalin hubungan dengan pihak industri dari pelbagai aspek, terutama dalam program-program yang berkait terus dengan pembelajaran pelajar. Program seperti Pendedahan Industri (IndEx), Latihan Industri (InTra), Ceramah Industri (Industrial Talk), Latihan Staf Akademik (Staff Internship) dan lain-lain lagi diselia dan diselaraskan oleh pusat ini. Selain itu Program Keusahawanan Industri (IndEnt) juga diselaraskan oleh CIC dan ianya merupakan sebahagian daripada Kursus Keusahawanan Kejuruteraan. Sebahagian besar dari program ini wajib diikuti oleh semua pelajar. Maklumat mengenai program-program ini dihebahkan kepada pelajar dari masa ke semasa.

Beberapa program yang berkaitan dengan kebolehpasaran graduan juga turut diselia oleh CIGC. Antara program yang dimaksudkan adalah ‘job camp’, ‘degree ++’, ‘career talk & interview’ dan penganjur bersama program karnival kerjaya dan sebagainya.  Selain itu, ianya juga berperanan menyelaras penganjuran kursus-kursus jangka pendek, kerja-kerja perundingan dan pengujian disamping mengurus memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU).

Engineering Centre, UniMAP4.Pusat Kejuruteraan

Fungsi utama Pusat Kejuruteraan diwujudkan adalah untuk mengendalikan makmal dan bengkel, umum (biasa) yang diperlukan oleh pelbagai program yang ditawarkan di Coppermine. Program kejuruteraan yang dijalankan pada asasnya memberi tumpuan kepada "berorientasikan praktikal", di mana penekanan yang lebih diberikan kepada amalan intensif praktikal. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman konsep teori yang telah dikaji.

 

Senarai Pusat Pengajian & Fakulti di UniMAP

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, UniMAP1. Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan

 

Selamat Datang ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan. Kami menawarkan program pasca ijazah dan pra-ijazah yang terbaik dan menjanjikan peluang peningkatan kerjaya anda. Sila layari Laman Web Rasmi Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan untuk informasi lanjut.

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, UniMAP2. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik adalah pusat pengajian yang pertama ditubuhkan di UniMAP iaitu pada 30 April 2002. Pada awal penubuhannya, pusat pengajian kejuruteraan ini hanya menawarkan satu program ijazah sarjana muda iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik. Diikuti pada tahun 2003, sebuah lagi program telah ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektronik dan seterusnya program kejuruteraan yang ketiga iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Fotonik telah ditawarkan pada tahun 2008.

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, UniMAP3. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik menawarkan program-program pengajian yang membawa kepada B.Eng (Kejuruteraan Mekatronik), B.Eng (Kejuruteraan Mekanikal), B.Eng (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik telah diasaskan dengan matlamat umum untuk melahirkan jurutera-jurutera yang bukan sahaja mahir dalam bidang pengkhususan teknikal seperti pengautomatan dan robotik, malah dilengkapi dengan kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, teknologi dan sistem maklumat.

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, UniMAP4. Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik menawarkan tiga program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Semua program yang dijalankan di Pusat Pengajian Sistem Elektrik ini menitikberatkan kepada aspek merekabentuk mesin elektrik, peralatan sistem elektrik, peralatan elektronik kuasa dan pengurusan tenaga untuk kegunaan industri.

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, UniMAP5. Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan

Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan menawarkan dua buah program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Pembuatan ) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk ) dan juga satu program Diploma Kejuruteraan iaitu Diploma Kejuruteraan Pembuatan.

 

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, UniMAP6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

Bidang Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Polimer adalah berkaitan dengan struktur dan sifat bahan-bahan yang mempunyai aplikasi-aplikasi kejuruteraan. Jurutera Bahan, Jurutera Metalurgi dan Jurutera Polimer bertanggungjawab merekacipta, menghasilkan, memeriksa dan menguji bahan seperti aloi logam kejuruteraan, semikonduktor, superkonduktor, seramik, polimer, plastik dan komposit. Ketiga-tiga program ini menitikberatkan kaedah ‘lab-intensive’ dalam semua kursus yang ditawarkan.

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, UniMAP7. Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar

Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) merupakan pusat pengajian ke-tujuh yang dibangunkan di UniMAP pada Januari 2006. PPKAS menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam.

 

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses, UniMAP8. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (PPKB) ditubuhkan pada Oktober 2005 setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi. PPKB menawarkan empat program Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biosistem, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian).

 

Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan, UniMAP9. Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan

Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT) telah diluluskan penubuhannya pada 4 Jun 2010. PPIPT telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi pemangkin dalam perjalanan pengetahuan ekonomi dan perantaraan dalam bidang perniagaan dan pengurusan untuk semua jabatan dan kolej kejuruteraan khususnya, serta masyarakat Perlis secara amnya. Untuk senarai program yang ditawarkan, sila ke Laman Web Rasmi PPIPT.

 

Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi, UniMAP

10. Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM)

Selamat datang kepada semua pelajar Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM)matlamat kami adalah membangunkan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar UniMAP dalam bidang yang berbeza seperti bahasa, komunikasi sosial, sejarah budaya dan idea berkaitan teknologi maklumat. Kemudian mereka akan mampu untuk memahami dan bekerja dengan mudah dengan dunia luar dan mendapatkan pengetahuan komunikasi yang cukup untuk membangunkan negara ini dan menjadi sebahagian daripada ahli sains dan pencipta di dunia

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UniMAP

11. Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK)

Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Fe-Tech) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2013. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Universiti Teknikal di Malaysia di bawah 'Malaysian Technical University Network' (MTUN), iaitu mendidik dan melatih tenaga kerja yang berbakat besar untuk menyumbang kepada negara-negara perindustrian maju, disamping menjadi pemangkin kepada strategi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

 

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UniMAP

12. Pusat Pengajian Diploma (PPD)

Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2013. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Universiti Teknikal di Malaysia di bawah 'Malaysian Technical University Network' (MTUN), iaitu mendidik dan melatih tenaga kerja yang berbakat besar untuk menyumbang kepada negara-negara perindustrian maju, disamping menjadi pemangkin kepada strategi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.