Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Ybhg Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YBHG DATUK PROF EMERITUS DR KAMARUDIN HUSSIN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua staf dan pelajar di atas komitmen dan sokongan seluruh warga UniMAP yang telah memberi kerjasama yang baik terhadap saya selama saya menjadi Naib Canselor selama 14 tahun. Adalah diharapkan agar kerjasama dan komitmen seumpama ini dapat dikekalkan dan diteruskan di masa akan datang kepada siapa sahaja yang bakal dilantik menerajui UniMAP sebagai Naib Canselor selepas ini.
14 tahun membangunkan dan mengemudi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), memang sukar untuk mengucapkan salam perpisahan. Walau bagaimanapun, saya masih disini sebagai Profesor Emeritus akan bersama-sama membangun dan memajukan UniMAP walau tidak lagi bergelar Naib Canselor. Saya juga telah dilantik sebagai Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi.
Akhir kata terimalah pohonan maaf daripada saya dan seluruh anggota keluarga saya seandainya terdapat tingkah bicara dan perlakuan saya yang melukakan perasaan anda.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga berseri-seri
Budi tuan-tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Sekian, terima kasih.
BRIG. JEN. DATUK PROF. EMERITUS DR. KAMARUDIN HUSSIN
Profesor Emeritus
Universiti Malaysia Perlis