Logo

Naib Canselor UniMAP

Yang Berbahagia Ts. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal

Naib Canselor UniMAP

Biografi Ringkas

YBhg. Kol. (K) Dato' Prof. Ts Dr. Zul Azhar yang dilahirkan di Taiping, Perak dan mendapat pendidikan menengah di Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Beliau mempunyai kelayakan sarjana muda dan sarjana dalam bidang Fizik daripada Western Michigan University, masing-masing dalam tahun 1985 dan 1987.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di University of Liverpool dalam bidang Kejuruteraan Bahan dengan pengkhususan  Fabrikasi dan Pencirian Bahan Elektronik.

Kemudian beliau menyambung perkhidmatan di USM sehingga UniMAP (pada waktu itu KUKUM) ditubuhkan pada tahun 2002.

Di UniMAP, Dato’ Prof. Dr Zul Azhar telah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik sehingga tahun 2006. Seterusnya beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selama 3 tahun.

Pada tahun 2011, beliau telah dilantik pula sebagai  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Setelah mantan Naib Canselor UniMAP tamat tempoh pelantikan pada bulan Februari 2016, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar telah diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas Naib Canselor sehingga kini.


Pengalaman YBhg. Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar dalam bidang pentadbiran menjadikan beliau calon yang sesuai untuk memimpin UniMAP ke tahap yang lebih tinggi.

 

Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.