A+ A A-

Kemudahan & Fasiliti

 

Projek U-Sikal UniMAP

Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh pihak universiti. Kesemua kemudahan yang dimiliki universiti-universiti awam lain di Malaysia juga dimiliki UniMAP. Antara kemudahan yang disediakan merangkumi dewan/bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, pusat pelajar, kolej kediaman, cafeteria, pusat rekreasi, pusat kejuruteran, kilang mengajar, stesen penyelidikan agroteknologi dan pelbagai lagi.Pihak universiti sangat menitikberatkan keselesaan dan kualiti pelajar  tidak sesekali dikompromi.

  • Makmal
  • Bilik Kuliah
  • Pekhidmatan U-sikal

Senarai Kolej Kediaman

 

Bagi memberi keselesaan yang optimum kepada pelajar, UniMAP menyediakan kemudahan kolej kediaman dan semua pelajar wajib untuk mendiami kolej kediaman. Antara kolej kediaman yang terdapat di UniMAP ialah:

o Kolej Kediaman Antarabangsa

o Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman

o Kolej Kediaman Tun Abdul Razak

o Kolej Kediaman Tun Hussien Onn

o Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

o Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba

o Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani

o Kolej Kediaman UniCITI Alam

o Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

o Kolej Kediaman Pauh Putra

 

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai Kolej Kediaman di UniMAP, sila hubungi:

Unit Kolej Kediaman (U3P),

Kompleks Pusat Pengajian Seberang Ramai B,

02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia

Tel : +604-9852091 Faxs : +604-9852232,

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lawati laman web U3P : https://kolejkediaman.unimap.edu.my/

UniCITI ALAM Sg. Chuchuh

  • Terletak di Kampus UniCITI ALam SUNGAI CHUCHUH, MUKIM TITI TINGGI, PERLIS dengan keluasan 19.34 ekar tanah.Telah dibangunkan oleh  syarikat PROVEN HOLDING SDN BHD dengan konsep yang pertama  dan seumpamanya di Malaysia yang menyediakan kemudahan sewaan bangunan termasuk kemudahan perabut di bilik penginapan pelajar yang mana pihak university tidak perlu membuat sewaan atau pembelian perabut yang tentunya akan menelan belanja yang tinggi,
  • Kemudahan penginapan yang disediakan:
  • Katil/ Almari/ Tilam/ Meja Belajar / Kerusi Belajar/ - Rekabentuk Ekskusif mengikut tema UniMAP
  • Bakal menerima pelajar sulungnya pada Sidang Akademik 2013/2014 dengan anggaran seramai 1035
  • Jumlah keseluruhan apartmen adalah sebanyak 480 unit. Ianya melibatkan 2 fasa utama iaitu:-
  • Fasa pertama  yang akan siap dan boleh diduduki mulai September 2013 dengan kapasiti  1,440 pelajar (180 unit apartmen x 8 pelajar).
  • Fasa kedua pula dijangka siap dan boleh diduduki sepenuhnya pada Semester Kedua Sidang Akademik 2013/2014 dengan kapasiti  2,400 pelajar  ( 300 unit  x 8pelajar).
  • Bakal dihuni oleh Pelajar Tahun 1 hingga Tahun akhir daripada Bidang Pengajian  Teknologi Kejuruteraan  yang  mana  pusat pengajian pelajar adalah bersebelahan kolej kediaman pelajar. Factor ini memudahkan pergerakan pelajar ke kuliah
  • Jenis  Penginapan pelajar adalah satu bilik berdua  dan satu bilik bertiga dengan kapasiti setiap unit rumah 8 orang pelajar
  • Kemudahan yang disediakan:
    • Kedai  berkonsep Food Court  dengan Hiasan Dalaman Berkonsep Moden
    • Mini Market
    • Kedai Alat Tulis & Kedai Buku
    • Kedai Aksesori, Pakaian
    • Kedai Makanan Fast Food
    • Internet kepada setiap pelajar
    • Bilik TV 
    • Bilik Diskusi
    • Kawalan Keselamatan dengan CCTV di keseluruhan Bangunan
    • Bilik Aktiviti Pelajar
    • Kedai Dobi Pakaian dengan Konsep Morden yang aman pelajar boleh menonton TV atau melayari internet semasa menunggu pakaian siap dibasuh.

Kolej Kediaman PFI 1

  • Terletak di Kampus Induk UnIMAP
  • Bakal menerima pelajar sulungnya pada Sidang Akademik 2013/2014 seramai 953
  • Mempunyai 4 Blok Penginapan dengan kapasiti 1000 tempat penginapan
  • Pelajar Tahun Akhir akan menghuni Kolej Kediaman ini adalah

PPK   PEMBUATAN

PPK   KOMPUTER & PERHUBUNGAN

PPK   MEKATRONIK

PPK   MIKROELEKTRONIK

PPK   SISTEM ELEKTRIK

 

  • Penginapan pelajar adalah satu bilik berdua bagi menjamin keselesaan pelajar.
  • Kemudahan yang disediakan:
    • Kafeteria berkonsep Food Court  dengan Hiasan Dalaman Berkonsep Moden
    • Mini Market
    • Kedai Alat Tulis
    • Kedai Aksesori, Pakaian dan Tudung
    • Kedai Makanan Fast Food
    • Internet kepada setiap pelajar
    • Bilik TV 
    • Bilik Diskusi
    • Bilik Seminar
    • Kawalan Keselamatan dengan CCTV di keseluruhan Premis
    • Bilik Aktiviti Pelajar
    • Mesin Basuh Berbayar
    • Mesin Urut
    • RO Water