Logo

Akses Orang Kurang Upaya W3C

Laman Web UniMAP menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, anda cuma perlu meletakkan kursor tetikus anda di atas ikon di sebelah atas penjuru kanan seperti berikut :-

 

Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

  1. Pengubah saiz teks - Ubah saiz teks menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Sila klik pada imej 'A' sama ada untuk menambah saiz teks atau mengecilkan saiz teks.
  2. Pengubah warna latar belakang halaman - Ubah warna latar belakang laman web  untuk disesuaikan dengan penglihatan anda. Antara warna yang disediakan adalah biru, merah, hijau, ungu, oren dan kelabu.
  3. Pengubah saiz lebar halaman - Ubah saiz lebar laman web mengikut kesesuaian skrin anda. Sila klik pilihan pada ikon di atas.
Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.