A+ A A-

DMNC Ogos 2013

Dari Meja Naib Canselor SALAM SYAWAL 1434H

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Syawal, bulan kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri, jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim yang hidup dalam kesusahan. Setiap warga Universiti seharusnya memberi sesuatu yang boleh menggembirakan mereka seperti pakaian, makanan atau apa jua yang boleh mengubat kesedihan di hati mereka. Ini tanda bahawa masih ada yang prihatin dengan kehadiran mereka di dunia ini. Bantulah sekadar yang kita mampu bagi meringankan beban insan-insan yang kurang bernasib baik ini. Biar sedikit yang diberikan, namun pemberian yang ikhlas menjadi tuntutan. Semoga ini menjadi ibadah apabila dihisab oleh Allah swt di akhirat nanti. 

Sabda Rasulullah S.A.W: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Barang siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barang siapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat." (Hadis riwayat Bukhari)

  Marilah kita bersama-sama bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi selama ini, dan berdoa agar saudara kita di bumi Syria, Palestin, Mesir, Lubnan dan lain-lain lagi kembali beroleh keamanan.

Kita hendaklah bersyukur kerana di Malaysia, kita hidup dalam suasana aman dan damai dan dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna. Kita tidak perlu melarikan diri daripada apa-apa serangan atau bencana dan malapetaka. Tetapi janganlah kita merasa begitu selesa dengan apa yang kita kecapi ini kerana jika kita tidak berjaga-jaga dan tidak berusaha meningkatkan daya tahan kita, apa yang kita kecapi ini mungkin tidak dapat bertahan. 

Saya ingin mengingatkan mereka yang akan pulang ke kampung di hari raya ini, berhati-hatilah di jalanraya. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju dan  sentiasa dirahmati Ilahi

Akhir kata, dengan kerendahan hati, saya bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang telah dilakukan.

… Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…

DMNC April 2013

Assalamualaikum warah matullah, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Satu Malaysia, UniMAP di hati Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah dimaklumkan tentang pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada persiapan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Oleh itu, saya ingin memperuntukkan keseluruhan DMNC kali ini untuk menyampaikan hasrat saya tentang persiapan yang semua warga UniMAP harus lakukan untuk mendepani PRU ini.

Sebagaimana pernah saya sebutkan di ruangan ini dahulu, dewasa ini, universiti seolah-olah menjadi medan politik partisan yang selama ini tidak pernah berlaku di negara kita. Khususnya apabila heboh tentang perhimpunan ‘Bersih’ dahulu, sorotan berita menunjukkan perbalahan demi perbalahan telah dicetuskan melalui pelbagai media, terutamanya media cetak dan elektronik.

Kini, dengan menjelangnya PRU, saya seru setiap warga UniMAP untuk memastikan tidak ada sebarang bentuk kegiatan politik dilakukan di dalam perkarangan kampus kita. Saya sudahpun menubuhkan beberapa pasukan yang tugasnya meninjau dengan rapi aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam kawasan universiti. Sekiranya saya menjumpai ada unsur-unsur yang tidak sihat berlaku di sini, maka saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebagaimana disebutkan di dalam Akta, penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali melakukan kegiatan politik. Namun, kelonggaran diberikan kepada pelajar, tetapi ia hanyalah dibenarkan di LUAR kawasan kampus.

Wajar saya memperingatkan bahawa tugas kita sangat berat sekali. Baik staf mahupun pelajar, kita ini orang-orang yang menghuni dunia pendidikan, di mana kita berjuang mati-matian mencari kebenaran melalui ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan yang ditimba, kita bertanggungjawab menggunakannya untuk membina masa hadapan yang lebih baik untuk bangsa, negara, dan tanah air.

Semasa di usia muda, saya telah melalui zaman di mana keamanan yang kita kecapi sekarang ini tidak terdapat. Semasa kejadian 13 Mei, saya telah lihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana pertumpahan darah dilakukan, hingga mengorbankan begitu banyak nyawa yang tidak berdosa. Ada antara korban 13 Mei itu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai saya. Setelah mengetahui betapa peritnya hidup dalam keadaan terdesak dan ketakutan seperti di waktu itu, saya bertekad untuk melakukan segala yang saya mampu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Malangnya ramai anak-anak muda hari ini tidak tahu dan tidak mengerti betapa besarnya nikmat keamanan yang kita kecapi. Mereka tidak bersyukur. Sebaliknya, dengan berpandukan emosi, mereka terikut-ikut dengan hasutan yang disampaikan pihak-pihak berkepentingan. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya ditunggangi orang-orang yang tidak bertanggungjawab, yang hasratnya ialah membuat kekacauan di bumi bertuah ini.

Saya menyeru kepada semua warga UniMAP untuk berfikir dengan sematang-matangnya, sebagaimana sewajarnya golongan cediakawan berfikir, sebelum mengambil keputusan berpihak kepada mereka yang tidak amanah.

Wajar diingatkan visi dan misi institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan modal insan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Dari itu seharusnyalah pelajar memberi fokus yang tidak berbelah bagi kepada pelajaran, dan staf pula menyediakan suasana yang sebaik-baiknya untuk mengembangkan minda intelektual dalam kalangan pelajar. Politik partisan boleh menunggu beberapa tahun lagi. Selagi di universiti, tugas pelajar adalah belajar. Sekiranya hendak berpolitik, nescaya pelajaran akan terabai, dan cita-cita untuk bergraduasi besar kemungkinan perlu dibuang begitu sahaja. Lihatlah prestasi akademik mereka yang berpolitik – rata-rata mereka ini mempunyai gred yang rendah, yang menunjukkan bahawa aktiviti politik yang mereka ceburi itu menjadi gangguan kepada pembelajaran.

Matlamat penubuhan universiti mesti dikekalkan, iaitu untuk melahirkan graduan yang tinggi kemahiran berfikir, bertindak dengan berlandaskan fakta dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar atau staf yang mengotori minda dan cuba menyeret nama universiti ke kancah yang hina. Ini kerana tugas universiti amat berat – iaitu membina nusa dan bangsa melalui penghasilan modal intelektual. Dari itu kita tiada masa melayan politik kotor yang didalangi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masa hadapan Malaysia berada di tangan kita, di mana undi yang bakal kita buang akan menentukan samada negara ini kekal aman seperti sekarang, atau jatuh ke dalam perangkap huru-hara. Apabila sudah huru-hara, maka akan susahlah untuk keluar daripada belenggu yang sedemikian.

Gunakan fikiran yang waras dan matang semasa menilai janji-janji yang disuarakan. Sekiranya kita dijanjikan perkara-perkara yang kita sendiri rasa tidak munasabah, besar kemungkinan ianya memang tidak munasabah dan sekiranya dilaksanakan juga, akan membawa Negara ke dalam suasana krisis. Apabila itu sudah berlaku, kita perlu ‘meminta sedekah’ daripada negara-negara kaya, khususnya di Barat, yang sarat dengan syarat yang perlu kita patuhi sebelum mereka (negara-negara kaya itu) membantu kita. Adakah begitu masa hadapan yang kita hendak untuk anak-cucu kita?

Gunakanlah minda yang rasional dan intelektual untuk sampai kepada kesimpulan yang bertanggungjawab.

Selamat berbakti kepada Negara.

DMNC Julai 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya memberikan saya kesempatan untuk menulis sedikit coretan perkongsian bersama warga UniMAP bagi edisi bulan Julai ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan Jun lalu, kita telah memperolehi pelbagai pencapaian dan kejayaan yang amat membanggakan. Terbaru, adalah mengenai lawatan panel Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC) bagi mengaudit beberapa program akademik di UniMAP. Hasil dari mesyuarat yang diadakan, pihak EAC menyatakan bahawa UniMAP merupakan sebuah universiti yang layak dianugerahkan status 5 Bintang dan secara kebetulannya pada lawatan YAB Perdana Menteri ke UniMAP, sempena Perasmian Kampus Pauh Putra Mac lalu, beliau juga turut menyatakan perkara yang sama berdasarkan kedudukan dan pencapaian UniMAP selama ini. Pihak EAC juga turut mengiktiraf sistem pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan ang ditawarkan kepada pelajar-pelajar UniMAP.

Selain itu, keterlihatan UniMAP dalam bidang penyelidikan juga semakin menyerlah, di mana kita telah berjaya menjadi juara keseluruhan pada 24th International Invention, Innovation, and Technologhy Exhibition (ITEX 2013) Mei lalu dengan kutipan 32 emas, 26 perak dan satu gangsa. Di samping itu, penyelidik kita juga turut meraih Anugerah Patron, Asia Cup 2013, dan Anugerah TAITRA Taiwan.

Dalam keasyikkan golong pensyarah menghasilkan pelbagai produk, Penyelidik muda kita juga tidak terkecuali dalam mengharumkan nama  UniMAP  di persada antarabangsa apabila selepas meraih 10 pingat emas bagi kategori Asian Young Inventors (AYIE) 2013 dan saintis muda UniMAP turut menerima Anugerah ‘Best Green Invention Award 2013’  dari Malaysian Invention and Design Society (MINDS),  dan  special award dari Russian House for International Scientific and Technology Cooperation.

Begitu banyak kejayaan  yang kita kecapai, namun apa yang paling kita banggakan adalah peningkatan kedudukan UniMAP dalam QS World University Ranking  242  baru-baru ini. Peningkatan ini meningkat sebanyak sekurang-kurangnya 42% dari kedudukan UniMAP pada tahun lepas.

Baru-baru ini, UniMAP telah sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia selepas dianugerahkan “Golden Award for Quality & Business Prestige” daripada Otherways Association, Management and Consulting di Rome, Itali.

Anugerah tersebut diberikan kepada entiti korporat yang mencapai tahap luarbiasa dari segi Prestij, Inovasi, Komitmen di dalam Kualiti dan juga Kecemerlangan.Setiap organisasi yang terpilih telah perlu dicalonkan oleh jawatankuasa dalaman berdasarkan undian makro melalui internet dengan ketetapan kriteria seperti, kepuasan pelanggan, kelestarian pendidikan dan perniagaan, hasilan perniagaan dan pengiktirafan ISO.

Setiap organisasi yang dicalonkan telah dinilai melalui proses pengundian yang dijalankan oleh mel, internet (Makro Poll) atau dalam syarikat yang diberikan berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Di samping itu, proses pengundian telah dilengkapkan dengan maklumat yang dikumpul walaupun perundingan media (akhbar, radio dan televisyen), syarikat perunding, agensi-agensi pengiklanan, perdagangan dan pameran yang adil, dewan perniagaan, kedutaan dan baru–baru ini YAB Perdana Menteri melalui akan Twitternya menyampaikan  tahniah kepada UniMAP selepas saya kembali dari Rome, Itali.

Sekarang sedang berlangsungnya Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (Sukanun VII) di UniMAP, bermula 24 Jun hingga 2 Julai 2013.Sebagai Tuan Rumah, kita mensasarkan untuk mengutip 10 emas dan besarlah harapan saya agar UniMAP menjadi juara Sukanun pada kali ini.

Pada saya, sasaran ini bukanlah angan-angan kosong, ini kerana saya percaya pencapaian UniMAP pada Sukanun lepas telah membuktikan  bahawa kita mampu berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik dan  penyelidikan semata-mata.

Untuk makluman, baru-baru ini UniMAP melalui pengauditan semulaaudit semula bagi ISO 9000 dan hasil audit tersebut menunjukkan bahawa proses pentadbiran yang diamalkan UniMAP diuruskan secara baik dan  semuanya bersedia untuk menyokong semua sistem akademik, penyelidikan dalam urusan sehari-hari.

Berdasarkan senario ini sangat menarik ini , saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada smua warga  UniMAP kerana tanpa kerja keras, ketekunan dan sokongan anda semua ,kejayaan ini tidak akan menjadi milik kita.

Sebelum mengakhiri coretan ini, ingin saya ingatkan kepada semua warga UniMAP agar jangan cepat merasa berpuas hati dengan pencapaian yang telah kita kecapi selama ini. Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang dan hendaklah kita bersama-sama berusaha lebih keras dalam membangunkan UniMAP yang kita sayangi ini.Insyaa Allah, di masa akan datang lebih banyak kejayaan akan dikecapi  sekiranya sifat ini dikekalkan pada tahun-tahun mendatang. Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

DMNC Mac 2013

Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi peluang untuk saya nukilkan  sedikit kata-kata untuk bersama-sama kita bermuhasabah kali ini.

Marilah kita  mensedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang  negara yang telah terkorban mempertahankan kedaulatan Malaysia di Lahad Datu, Sabah. Semoga pasukan keselamatan kita di sana berada dalam keadaan selamat dan krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa adanya lagi pertumpahan darah.

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinanNya Majlis Perasmian Kampus Induk UniMAP oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Abdul Razak, telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada seluruh warga UniMAP yang telah memberi sokongan dan kerjasama sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut. Saya mendapat makluman bahawa hampir 20,000 orang hadir pada majlis perasmian tersebut. Angka itu mencatatkan satu sejarah buat UniMAP. Semasa pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, saya telah dimaklumkan tentang peruntukan 18 juta kepada UniMAP dan NCIA untuk menjalankan projek Harumanis bagi membolehkan buah tersebut dapat dinikmati sepanjang tahun. YAB Perdana Menteri juga menunjukkan komitmen apabila saya memaklumkan tentang perjuangan untuk merealisasikan penubuhan MBOT (Malaysia Board of Technologist) yang diletakkan di bawah MOSTI. Alhamdulillah, semalam saya difahamkan MBOT sudahpun diluluskan penubuhannya oleh Kabinet – pastinya susulan sokongan YAB PM. Paling membanggakan – YAB PM mengatakan bahawa UniMAP  telah membantu melonjakkan pembangunan dalam pelbagai aspek di Perlis dan mengibaratkan kita sebagai nadi kepada pembangunan negara. Saya sangat bersyukur dengan pernyataan tersebut. Malah beliau turut menyatakan bahawa Perlis Belum Memiliki Hotel Bertaraf Lima Bintang Tetapi Mempunyai Sebuah Universiti Lima Bintang. Tahniah kepada seluruh warga UniMAP.

Saya ingin berkongsi satu lagi berita gembira – iaitu pencapaian UniMAP yang terkini. Pada Majlis Malam CITRA Inovasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan pada 5 Mac lalu di Hotel Marriot Putrajaya,  tiga produk penyelidikan UniMAP meraih anugerah penghargaan atas sumbangan kita dalam menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari (PTPMIIPT) yang diterajui Kementerian Pengajian Tinggi.

Tahniah buat Prof. Dr. Ismail Daut bagi produk Penyongsang dengan Kuasa Fotovolta Tanpa Pengubah; Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah bagi produk Geopolimer Simen dan Konkrit Mesra Alam dan Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid untuk  produk Sistem Optik CDMA menggunakan Kod Pepenjuru Rawak. Ini menunjukkan dalam sedar atau tidak sedar, hasil penyelidikan penyelidik kita diiktiraf sebagai penyumbang kepada pembangunan modal insan inovatif. Oleh itu, kepada semua penyelidik, teruskan penghasilan produk penyelidikan yang berguna kepada masyarakat dan gunakan pemikiran yang kreatif dan inovatif bagi melakukan penambahbaikan kepada kehidupan seluruh masyarakat. Insyaa Allah sekiranya apa yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa menyimpan agenda yang tertentu, ianya akan menyusul kejayaan.

Dalam bulan ini akan berlangsung  majlis tahunan kita iaitu Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) yang bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kepada staf yang berjaya dipilih, tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak terpilih, janganlah berputus asa. Terus tingkatkan kecemerlangan dan sumbangan bagi memajukan UniMAP, insyaa Allah keikhlasan bekerja saudara-saudari akan dibalas dengan kebaikan setimpal usaha yang telah dibuat.