A+ A A-

Memohon Maklumat Kerosakan Bangunan Dan Harta Benda Universiti Akibat Kejadian Ribut

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sebagai makluman berikutan dengan kejadian ribut pada 24 Mei 2016 Pengurusan Universiti telah mengarahkan agar Bilik Gerakan Bencana diaktifkan semula. Sehubungan dengan itu, Bilik Gerakan kini dalam proses mengumpulkan semua maklumat mengenai kerosakan pada bangunan, kemudahan dan harta benda universiti yang rosak akibat dari kejadian ribut tersebut.

3. Bersama ini disertakan borang maklumat kerosakan untuk diisi oleh PTj YBhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan jika ada sebarang kerosakan pada bangunan, kemudahan dan harta benda universiti yang dibawah pemantauan ptj YBhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan dan borang ini perlu dikembalikan dengan SEGERA ke mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Borang ini juga boleh dimuatturun menerusi laman web rasmi https://bencana.unimap.edu.my

4. Jika terdapat staf dibawah YBhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang juga menjadi mangsa mohon dimaklumkan kepada staf tersebut untuk mengisi borang elektronik di laman rasmi https://bencana.unimap.edu.my