- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
ICoFM 2016 Medan Kongsi Idea Penyelidik
Pulau Pinang, 7 Jun - Kemajuan teknologi kejuruteraan berkembang dengan amat pantas di masa ini. Kewujudan pelbagai bahan-bahan baharu dan terkini telah membawa perubahan besar kepada dunia.
Dalam usaha untuk bergerak seiring dengan kepantasan teknologi masa kini, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan International Conference on Functional Materials and Metallurgy (ICoFM 2016), bertempat di ParkRoyal Hotel & Resort, baru-baru ini.
Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganjuran IcoFM 2016 dilihat menjadi platform yang memberi impak positif kepada penyelidik termasuk agenda pembangunan negara dengan berkongsi pengetahuan serta idea di antara ahli akademik, penyelidik dan wakil industri.
“Mahasiswa-mahasiswa perlulah sentiasa mengambil tahu mengenai penemuan terkini supaya tidak ketinggalan dalam bidang ini.
“Sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah menjadi negara maju dan menghasilkan tenaga kerja yang mempunyai nilai tambah, UniMAP telah mengambil langkah proaktif dalam bidang penyelidikan dan teknologi dengan pelbagai pendekatan,”katanya ketika ucapan perasmian ICoFM 2016.
Turut hadir, Presiden Malaysia Chamber of Mines, Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom.
Seramai tiga pembentang jemputan telah membentangkan kertas kerja iaitu Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar, dengan kertas kerja bertajuk "Dynamic Business Models for the Mining and Metallurgical Industry".
Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi
Dekan Pengurusan Akademik dan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan pembentangan bertajuk "Modelling and simulation in engineering problems: A case study on development of Semi Empirical model for hardness AZ91 nano-composite prediction" dan Pensyarah Kanan PPK Bahan UniMAP, Prof. Dr. Azmi Rahmat pembentangan bertajuk“Corrosion Protection at Potential of Zero Charge”.