- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
GESC 2016 : Ahli LPU UniMAP Kongsi Rahsia Kejayaan di Inspiring CEO Talk
SUNGAI CHUCHUH, 11 Ogos – “Sebagai seorang usahawan akan ada banyak peluang di mana integriti anda boleh digugat untuk memperolehi keuntungan dalam jangka masa yang pendek.
“Jangan pernah berkompromi dengan integriti anda dan jangan menjual jiwa sehingga terdorong untuk melakukan perkara yang akan menghantui anda, ianya tidak berbaloi,” demikian pesanan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman kepada peserta Global Entrepreneurship Summer Camp (GESC) 2016 , di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan mantan Pengarah Urusan dan Timbalan Presiden Alterra Corporation (M) Sdn. Bhd berkata demikian pada slot Inspiring CEO Talk One yang berlangsung di Dewan Kuliah Dua,Kampus UniCiti di sini.
Turut hadir, Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd Zain dan Penolong Naib Canselor Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan UniMAP, Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Salleh Din.
GESC 2016 berlangsung mulai 7 hingga 21 Ogos ini disertai seramai 103 peserta dari tiga negara iaitu Bangladesh, Thailand dan Malaysia sebagai tuan rumah dengan penganjuran buat julung kali diadakan.
Kem tersebut memberi pendedahan kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman mengenai ilmu perniagaan seperti lawatan-lawatan ke kilang-kilang, pasar, dan pusat-pusat keusahawanan sekitar negeri Perlis.
Ia adalah satu peluang yang terbaik untuk berhubung dengan rakan-rakan peserta dari sudut yang berlainan benua dan antara pendekatan yang digunakan dalam GESC 2016 adalah berkonsepkan mentor-mentee