- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
KOPERTIS-UniMAP Bakal Jalin Kerjasama Mobiliti Pelajar Dan Staf
Pauh Putra, 16 Sept – Koordinasi Perguruan Tinggi Swasta (Kopertis) Wilayah XIII Aceh berhasrat mengadakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengenai mobiliti pelajar dan staff di antara kedua-dua organisasi ini.
Hasrat itu disuarakan Kopertis ketika mengadakan perbincangan sempena lawatan ke UniMAP yang dengan dihadiri 30 ahli Kopertis diketuai Prof Dr H Jamaludin Idris.
Delegasi berkenaan disambut Dekan Pengurusan Akademik yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ir Rezuwan Kamarudin bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan serta ketua-ketua jabatan UniMAP.
Selain itu, hasil perbincangan berkenaan turut membincangkan kerjasama pembangunan staf akademik di antara kedua-dua pihak.
Delegasi berkenaan turut dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dan makmal-makmal di pusat pengajian.
Kopertis alam rangka lawatannya turut mengadakan lawatan ke beberapa universiti lain di negara ini mulai 14 September lalu sehingga 20 September ini dengan objektif bagi mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan tinggi swasta di Aceh.