- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Mohd Afif Md Jamel Khir
Bengkel Malim Skorkad Berimbang 2013
Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK) telah berjaya mengadakan Bengkel Malim Skorkad Berimbang 2013 pada 1 hingga 6 Julai 2013 bertempat di Kem Bina Negara Langkawi. Kursus ini dihadiri oleh pensyarah dan pentadbir UniMAP serta pensyarah/pentadbir yang menyandang jawatan sebagai Penyelaras Jaringan Industri dan Pengurusan Strategi dan Kualiti (JIPK), Pengerusi Sistem Pengurusan Strategi dan Kualiti (SPSK) dan Setiausaha CAPs. Bengkel Malim Skorkad Berimbang 2013 ini merupakan program professional kali kedua yang dianjurkan oleh PUSPEK untuk warga UniMAP. Bengkel yang sama pernah diadakan pada tahun 2008 bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Penceramah bengkel terdiri daripada Prof. Madya Abdul Aziz Mahmuddin dan En Maskor Bajuri dari PUSPEK, serta Prof. Dr. Harshita Aini Haroon dari Pusat Bahasa Antarabangsa.
Kandungan bengkel meliputi Basic Performance Management Tools, Introduction to Strategy and Strategic Management Process, Environmental Scanning and Determining Stakeholders, Strategic Themes and Results, Strategic Objectives, Strategy Map, Strategic Measures and Targets, Strategic Initiatives dan Strategic Implementation and Implementation Review.
Bengkel ini bertujuan:
a) untuk membantu peserta memahami dengan lebih jelas, asas, falsafah dan pelaksanaan perancangan strategi.
b) untuk membangunkan dan mengukuhkan kemahiran dalam teknik/kaedah pembentukan pengukuran kerangka Skorkad Berimbang.
c) untuk mengembangkan kemahiran berkaitan teori dan aplikasi Kerangka Skorkad Berimbang.
d) untuk mengembangkan kemahiran menjalankan dan melaksanakan Kerangka Skorkad Berimbang.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zul Azhar Bin Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik dan Antarabangsa) telah sudi menghadirkan diri mewakili YBhg. Brigedier Jeneral Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP untuk menyampaikan amanat kepada peserta bengkel dan seterusnya merasmikan Bengkel Malim Skorkad Berimbang 2013. Kehadiran beliau menyuntik semangat peserta sekali gus sebagai tanda komitmen yang tinggi daripada pengurusan tertinggi UniMAP terhadap pengurusan strategi, khususnya di UniMAP.