A+ A A-

Alumni UniMAP Sumbang Kurma kepada Pelajar

Oleh : Dr Mohd Zakimi Zakaria & Mohd Basri Basir.

Pauh, 23 April –Ramadan kian menjelma sudah tentu ianya akan meningatkan pelajar yang tinggal di asrama kepada kampung halaman.

Perkara ini telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Alumni UniMAP untuk menyumbangkan Kurma kepada Pelajar yang tinggal di asrama sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan berkata,  hasil daripada Program Prihatin Alumni: Tabung Bantuan COVID-19 yang diasaskan Pusat Perhubungan Alumni UniMAP dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP ini telah digunakan bagi menyediakan bekalan kurma kepada semua pelajar yang berada di kolej kediaman di dalam tempoh PKP akibat pandemik COVID-19.

 “Sumbangan hasil dari sifat prihatin Alumni UniMAP ini telah banyak membantu pihak Universiti dalam menguruskan pelajar kita di dalam tempoh PKP ini.

"Justeru, pihak universiti amat-amat berterima kasih kepada Alumni yang sungguh prihatin dalam menghulurkan sumbangan ini” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kurma kepada pelajar-pelajar UniMAP di Kampus UniMAP Pauh Putra, di sini, semalam. 



Turut hadir Dr Mohd Zakimi Zakaria, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UniMAP dan Presiden Persatuan Alumni UniMAP, Syed Akhmal Bin Syed Jamalil. 

" Program prihatin Alumni yang telah dibangunkan ini, perlu diteruskan bagi menyediakan lapangan yang jelas untuk semua Alumni menghulurkan sumbangan.

" Selain itu juga, melalui program ini, dapat sedikit sebanyak mengembleng universiti dalam memperkasakan sumbangan Alumni ini bagi menjamin kebajikan pelajar, katanya lagi. 

Ujar beliau lagi, bilangan Alumni UniMAP kini telah mencecah 26,000 orang dan menjadi satu angka yang besar untuk pihak pengurusan memainkan peranan dalam menyusun atur program keterlibatan alumni bagi kelestarian pembangunan UniMAP itu sendiri.

"Alumni dan universiti perlu bekerjasama untuk memastikan keprihatinan alumni ini terus diraih dan mendapat dukungan penuh.

“Adalah menjadi harapan saya, agar Alumni UniMAP terutamanya di dalam UniMAP itu sendiri ini dapat mengembleng tenaga dalam menyusun atur beberapa siri program prihatin Alumni bagi terus mengekalkan hubungan erat ini di masa akan datang,” katanya.

Program seumpama ini memberi impak terutamanya kepada pihak pengurusan dan Alumni UniMAP itu sendiri dalam memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga kebajikannya sesuai dengan nilai-nilai UniMAP: Ilmu, Keikhlasan, dan Kecemerlangan.

Tagged under: UniMAP, ramadan, Covid19,