A+ A A-

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UniMAP

Oleh: Nur Azizah Hasnin

PAUH PUTRA, 12 Ogos 2020 – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad hari ini menyempurnakan pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen kibarkan Jalur Gemilang bersama-sama warga kerja UniMAP di Bangunan Canselori Kampus Alam Pauh Putra.

Pelancaran itu juga adalah selaras saranan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di setiap insititusi masing-masing.

Dengan membawa tema Malaysiaku Prihatin, pelaksanaan majlis dijalankan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuk memastikan pemakaian penutup separuh muka dan penjarakkan fizikal dalam kalangan warga UniMAP.

 

Meskipun negara masih berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 dengan beberapa kes baharu dicatatkan di Kedah dan Perlis, namun ia tidak menghalang semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja UniMAP untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu Warisan sebagai simbolik perarakan masuk bendera Jalur Gemilang untuk diserahkan kepada Prof. R Badlishah.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan bendera kepada wakil-wakil Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dengan diiringi oleh Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Cik Sharmila Saidin.

Yang turut hadir, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UniMAP, Pegawai-pegawai utama UniMAP serta ketua-katua Jabatan. Turut memeriahkan majlis ialah wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta wakil Pelajar Antarabangsa.

 

 

 

 

Tagged under: UniMAP, berita,