A+ A A-

PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH DAN ZON MERAH COVID-19 KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Dimaklumkan bahawa semua pelajar baharu dan pelajar sedia ada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berasal atau datang dari negeri Sabah (sama ada dari kawasan Zon Merah di Sabah, kawasan-kawasan lain di dalam Sabah atau mana-mana Zon Merah dari negeri lain) disaran untuk MENANGGUHKAN perjalanan untuk datang atau kembali ke kampus UniMAP berikutan situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin meruncing.

Pelajar dari kawasan-kawasan lain yang bergejala juga dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke kampus UniMAP.

 

Semua pelajar baharu yang setuju menerima tawaran mengikuti pengajian di UniMAP akan didaftarkan oleh pegawai di Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar UniMAP pada 10 Oktober 2020 secara dalam talian.

Pelajar yang akan hadir ke UniMAP diWAJIBKAN MENGISI dan MENGHANTAR Borang Deklarasi Kesihatan COVID-19, EMPAT (4) hari sebelum datang ke kampus UniMAP melalui pautan berikut:

https://www.coshe.my/health-declaration-form-student/

Pelajar akan diberi makluman kebenaran untuk hadir atau tidak dibenarkan hadir ke UniMAP selepas penghantaran borang deklarasi kesihatan tersebut, melalui emel masing-masing.

Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Oktober 2020 secara dalam talian. Pelajar akan dimaklumkan tentang kaedah pendaftaran kursus dari pensyarah/wakil Fakulti masing-masing semasa Sesi Bersama Fakulti pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pelajar baharu yang lain (selain dari Sabah atau mana-mana Zon Merah negeri lain) boleh menghadirkan diri pada 13, 14 dan 15 Oktober 2020 mengikut Fakulti seperti yang telah ditetapkan sebelum ini melalui Memorandum dalaman UniMAP bertarikh 14 September 2020 dan Maklumat Terkini kepada pelajar baharu bertarikh 21 September 2020 yang dikeluarkan melalui sistem Surat Tawaran Pelajar. Semua pelajar diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Pelajar sedia ada (selain dari Sabah atau mana-mana Zon Merah negeri lain) boleh kembali ke kampus pada 16, 17 dan 18 Oktober 2020 seperti yang telah ditetapkan melalui Memorandum dalaman bertarikh 18 September 2020 yang dikeluarkan oleh Pusat Perumahan Pelajar.

Sesi pengajaran dan pembelajaran (kuliah) bagi pelajar baharu dan pelajar sedia ada akan bermula pada 19 Oktober 2020 (mengikut Kalendar Akademik Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Sidang Akademik 2020/2021) secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 atau satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pelajar yang hadir ke UniMAP akan melalui saringan suhu dan jika ada yang bergejala atau suhu melebihi 37.5, pelajar akan diminta menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan UniMAP. Pelajar yang disahkan bergejala akan dikuarantinkan di Kolej Kediaman/Kompleks Perumahan Pelajar yang telah dikhaskan di dalam kampus UniMAP

Semua pelajar dari Sabah dan mana-mana Zon Merah negeri lain boleh hadir ke kampus UniMAP 14 hari selepas penamatan status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) yang diumumkan oleh pihak Kerajaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kawasankawasan tersebut. Tarikh baharu untuk pelajar hadir ke UniMAP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran pelajar baharu atau pelajar sedia ada, pelajar boleh menghubungi Pusat Tanggungjawab berikut:

 

PUSAT TANGGUNGJAWAB NO TELEFON
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar,  Bahagian Pengurusan Akademik , Pusat Pengurusan Akademik 010-8698727
Pentadbiran Kompleks Perumahan Pelajar Pauh Putra  04-9871329
Pentadbiran Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah 04-9871356
Bilik Gerakan Bencana 011-62270316

 

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

30 September 2020