- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Aininulniza
PROGRAM-PROGRAM UniMAP TERUS DITAMBAHBAIK
OLEH : SUARA MERDEKA
Program ‘Pillars’ yang juga merupakan ‘flagship’ di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telahdilaksanakan sejak sekian lama namun sentiasa cuba ditambahbaik dan diberi nafas baharu dalam usaha untuk memperkasakan pelajar seiring dengan peredaran masa.
Terkini, pelajar program Pengajian Peringkat Diploma perlu mengambil empat kursus wajib yakni ‘The Four Pillars’, manakala pelajar program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda pula perlu mengambil tujuh kursus wajib ‘The Seven Pillars’.
Antara penambahbaikan termasuklah penawaran program-program berteraskan ‘Kerohanian dan Sivik’, serta ‘Inovasi dan Penyelidikan’ di samping ‘Kemahiran Teknikal dan juga Profesional’.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh delegasi kepimpinan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Haji Idrus Kassim di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori UniMAP Kampus Pauh Putra Perlis baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP menitahkan bahawa pihak pengurusan universiti berkenaan turut mengiktiraf keterlibatan pelajar dalam program anjuran Universiti dan program-program lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
‘Maka, pelajar yang terlibat boleh dipertimbangkan untuk menggantikan program tersebut dengan ‘Pillars’. Penggantian ‘Pillars’ juga akan terpakai bagi para pelajar yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa utama dalam kelab atau persatuan pelajar di UniMAP serta Majlis Kepimpinan Pelajar’.
‘Selain itu, bagi memperkasakan nilai patriotism dalam diri pelajar maka pihak Universiti telah juga mengiktiraf pelajar yang mengambil Badan Beruniform seperti Pasukan Latihan Pegawai Sukarela (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia dan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Polis DiRaja Malaysia diberi pengecualian dari mengikuti ‘Pillars’ dengan syarat pelajar tersebut haruslah mengikuti program PALAPES atau SUKSIS sehinggalah ditauliahkan serta berkuat kuasa kepada Pelajar Baharu Ambilan Sidang Akademik 2019/2020. -