A+ A A-

UniMAP-UCTATI JALIN KERJASAMA PENULISAN BUKU

OLEH : AININULNIZA BT MOHD YUSOF

KANGAR, 28 April – Sebagai salah satu sebuah universiti yang mengutamakan penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberi tumpuan kepada pencapaian penyelidikan para akademiknya.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menjalinkan kerjasama dalam penulisan buku ilmiah antara UniMAP dengan Kolej Universiti Terengganu Advanced Technical Institute (UCTATI).

UCTATI merupakan kolej universiti swasta milik kerajaan negeri Terengganu, menyambut baik kerjasama dalam penerbitan buku ilmiah untuk kegunaan para pelajar yang berkaitan.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Ir Dr Mohd Rizal Arshad berkata penghasilan buku berkenaan adalah atas inisiatif Penerbit UniMAP yang menjalinkan kerjasama awal dalam penerbitan buku ilmiah di antara kedua-dua institusi berkenaan.

Ujarnya, Penerbit UniMAP diketuai pengarahnya, Prof Madya Ir Dr Mohd Hafiz Fazalul Rahiman juga antara pihak yang bertungkus lumus dalam penghasilan buku ilmiah bersama UCTATI.

Semoga bertitik tolak daripada kerjasama ini akan lebih ramai warga akademik baik UniMAP mahupun UCTATI bergiat aktif dalam penulisan buku ilmiah serta penghasilan produk inovasi,” kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Kerjasama UniMAP-UCTATI secara dalam talian di Auditorium Bangunan Canselori, Kampus Alam Pauh Putra, di sini.

Hadir sama menerusi Google Meet ialah Rektor UCTATI Prof Anuar Ahmad, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan UCTATI Prof Madya Ts Dr Rosliza Ramli dan Prof Ts Dr Mohd Mustafa Al Bakri yang menjalankan fungsi TNC (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP.

Sementara itu, Prof Madya Ir Dr Mohd Hafiz Fazalul berkata, hasil kerjasama itu berjaya menerbitkan lima buah buku karya asli yang akan dijadikan sebagai buku rujukan bagi pelajar UniMAP dan UCTATI.

Ujarnya, tajuk buku-buku ialah Introduction to Engineering Drawing, Information Security, Fundamental of Chemical Processes dan Data Structure and Algorithms.

“Sebelum diterbitkan semua 27 penulis terlibat telah menyertai Bengkel Penulisan Buku Ilmiah yang telah diadakan awal tahun 2020 di Terengganu,” kata beliau.

 

 

Tagged under: UniMAP, berita,