- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
Mahasiswa UniMAP Pelajari Budaya Indonesia
Kangar, 23 Ogos – Seramai tiga orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih peluang mempelajari budaya masyarakat Indonesia apabila terpilih ke program ”Short Course of Environmental Conservation & Indonesia Culture 2013” di Universitas Negeri Semarang, Indonesia.
Mereka adalah Ahmad Taufiq Bin Sulaiman, Nadia Syahirah Binti Hissamuddin dan Nurul Fatihah Binti Rossaifuddin dari Pusat Pengajiaan Kejuruteraan Sistem Elektrik.
Program yang berlangsung selama dua minggu bermula dari 19 hingga 31 Ogos itu menghimpunkan 16 orang peserta dari enam universiti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Thailand yang mana semua universiti yang terlibat telah menandatangi Menorundum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Negeri Semarang sebelum ini.
Para peserta akan mengikuti kursus konservasi dan kebudayaan di Indonesia dan secara tidak langsung akan melibatkan pertukaran budaya sesama peserta.
Rektor Universitas Negeri Semarang, Prof. Fathur Rokhman, dalam ucapan perasmiannya berkata melalui program pengenalan budaya Indonesia kepada mahasiswa asing, khususnya mahasiswa Asia ini, mereka mempelajari konservasi budaya.
“Semasa program ini para peserta akan mempelajari bahasa Indonesia, bahasa Jawa, kesenian Jawa, seni karya, dan batik. Mereka juga akan dibawa melawat ke candi borobudur dan lawang sewu,” katanya.
Melalui program tersebut juga,iainya dapat membantu dalam meningkatkan program mobiliti tidak berkredit dan membantu meningkatkan bilangan MoU yang aktif.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah staf dari Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, iaitu Muhaimin Bin Mukhtar selaku pegawai pengiring dan wakil dari Universiti Malaysia Perlis.