A+ A A-

Mahasiswa UniMAP Raih Enam Pingat Emas Di Korea

Seoul, Korea – Penyelidik muda Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui ENVEX Young Reseacher Club (EYReC) sekali lagi mengharumkan nama UniMAP dalam bidang penyelidikan bagi penyelidik muda apabila meraih enam pingat emas dalam pertandingan Student Green Growth Invention Contest kali ke-5 di sini semalam.

Pada pertandingan yang berlangsung di Guro Digital Complex, Seoul itu, delegasi penyelidik muda UniMAP yang menghantar tujuh penyertaan keseluruhannya turut meraih satu pingat perak.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam pertandingan yang dianjurkan untuk kali kelima itu, penilaian pemenang dibuat oleh juri-juri yang dilantik melalui dokumen dan poster penyelidikan yang dihantar oleh universiti dan agensi yang bertanding.

“Sebenarnya, walaupun pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak lima kali, namun ini merupakan kali pertama penyertaan di buka kepada agensi dan institusi pengajian tinggi dari negara-negara lain selain Korea yang mana sebanyak 600 penyertaan diterima dari negara Indonesia, Malaysia dan Filipina.

“Malaysia sendiri menghantar 16 penyertaan keseluruhannya menerusi sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjalinkan kerjasama dengan EYReC seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) selain sekolah angkat UniMAP iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Sheikh Ahmad dan Sekolah Kebangsaan(SK) Sena.

“Lebih membanggakan apabila penyertaan pelajar tahun enam di SK Sena turut meraih pingat emas menerusi produknya BreadFriend,” ujar beliau.

Menurut Dr. Kamarudin, selain ketiga-tiga institusi dan sekolah tersebut, turut mewakili Malaysia ialah peserta dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Tapah, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Terengganu.

“Daripada 16 penyertaan ini, penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang 11 pingat emas dan lima pingat perak. Saya amat berharap pasukan penyelidik muda ini akan meneruskan kecemerlangan di masa akan datang, sekali gus membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia amnya dan UniMAP khasnya,” katanya lagi.

Beliau menambah, penyelidik muda UniMAP selepas ini akan menyertai beberapa pertandingan di peringkat dalam dan luar negara antaranya National Research Invention Competition (NRIC) yang akan diadakan pada Ogos ini di Universiti Malaysia Perlis, Expo Inovasi Islam (i-INOVA) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan International Invention Show (INOVA) di Croatia.

Keputusan penuh Student Green Growth Invention Contest adalah seperti berikut;

  

Student Green Growth Invention Contest 2013

 

NO

REKACIPTA

PPENYELIDIK

INSTITUSI

ANUGERAH

  1.  

From Waste To Wealth:

Inorganic Neutralizer And Adsorbent

Muhammad Ikhwan Akmal Mohd Yusoff

Muhammad Ammar Irfan Hasmynor

Amril Wafiy Shoeid

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor

  • Emas
  1.  

Activated Carbon from Corn Cob as Spillage Solution

Huzaifah Ahmad Ibrahim

Anas Mohamad Daud

Mohamad Ridwan Anuar

Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu

  • Emas
  1.  

The Development Of The Eco-Friendly Glass From Agricultural Waste

Kei Adam  Eizo kurata

Dania Aisha Mazlan

Nur Anis Afifah Azliman

Hadibah Mokhtar

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad Perlis

  • Perak
  1.  

Recycling Aluminum Beverage Cans As An Alternative To Lead In Soldering Material

Nurul Afiqah Kamarul Arifin

Nur Shahirah Isnin

Aini Arifah Abdul Karim

Roselina  Azizan

Sekolah Menengah Sains Selangor

  • Perak
  1.  

WHITE BLAST-THE  NEW GENERATION OF FIBRE: Kapok As Fibreglass Replacement For Garden Furniture

Nadzrul Niezar Bin Abu Hanifah,

Muhamad Fahim Aqil Muhd Sahlan,

Muhammad Nurkhalim Nadzmi Muhd

Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak

  • Perak
  1.  

Production of Waste Paper to Reduce Environmental Problem

Reena Awliyatul Imani Binti Reezal Merican

Nadia Alyssa Binti Shamsul Muhardzi

Habsah Ahmad

Sekolah Sri Puteri (SSP)

  • Perak
  1.  

BreadFriend

Muhammad Ehsan Zubaidi

Muhammad Rafiq Mohd Redzuan

Syed Ahmad Muaz Syed Zainal Abidin Khilmi

Muhammad Danish Saidar

Sena Primary School, Perlis

  • Emas
  1.  

Recycling Of Monoethanolamine (MEA) Wastewater Using Bioadsorbents Treatment System (From Waste To Wealth)

Muhammad Noor Azreen Mohd Khairu

Noor Adilah Md Salehan

Noradlinnaini Muhamad

Dr Anwaruddin Hisyam

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

  • Emas
  1.  

EBN Pheromone Booster

Nurul Asyikin Mohd Azam

Dr. Saiful Nizam Tajuddin

Dr. Tan Ling Ling

Prof Mashitah Mohd Yusoff

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

  • Emas
  1.  

Robotic Hand For Physiotherapy

Muhammad Firdaus Mohd Radzi

Dr. Rizalafande Che Ismail

Mohd Fikri Che Husin

Tengku Muhammad Aiman T. Mohd. Yusof

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

Glucose Detection Using Nano-Biochip For Prenatal Care

Mohd Nurfaiz Mohd Asri

Prof. Dr. Uda Hashim

Sharma Rao A/L Balakrishnan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

Photocatalyst: Biocomposite Titanium Dioxide/Fish Scale

Oon Yoong Ling

Dr. Ong Soon An

Dr. Ho Li Ngee

Wong Yee Shian

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

AGROPLAST

Muhammad Nazrin Shah Mohamed Farook

Chua Seng Wei

Dr. Sam Sung Ting

Dr. Nik Noriman Zulkepli

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

Geopolymer Composite Via Filament Winding

Anis Nadhirah Ismail

Alida Abdullah

Mohd mustafa Al Bakri Abdullah

Che Mohd Ruzaidi Ghazali

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

Conductive Film Based on Organic Waste Filler for Electronic Devices

Gita Amiria Aya

Parameswari A/P Lachmanan

Jalilah Abd Jalil

Assoc. Prof. Dr. Supri A.Ghani,

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Emas
  1.  

Fly Ash Artificial

Aggregate

Khoo Hooi Chin

Alida Abdullah

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Perak