A+ A A-

PASUKAN BADMINTON MAKSAK PERLIS CIPTA SEJARAH DINOBATKAN TEMPAT KETIGA

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 3 Disember 2021 - Pasukan Badminton Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Perlis berjaya menempatkan diri ke separuh akhir bersama dengan pasukan MAKSAK Kelantan dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

Kemaraan pasukan MAKSAK Perlis ke pusingan akhir terhenti apabila tewas 1 - 3 kepada pasukan MAKSAK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pusingan separuh akhir. 

 

Ketua pasukan Mohd Jefri bin Jaafar berkata walau bagaimanapun, sejarah tetap terukir apabila inilah kali pertamanya pasukan badminton MAKSAK Perlis berjaya memperolehi tempat ketiga disepanjang penyertaan pasukan ini dalam kejohanan MAKSAK. 

“Pasukan Perlis telah diundi dalam kumpulan C bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Melaka dan Pulau Pinang. Keputusan perlawanan ketika menentang Pulau Pinang dengan menyebelahi Perlis 4 – 1.

“Perlis dinobatkan tempat ketiga dalam kumpulan C manakala ATM dan Melaka masing - masing adalah Johan dan Naib Johan kumpulan. Perlis juga melayakkan diri ke separuh akhir kerana dipilih berdasarkan tiga pasukan terbaik setiap kumpulan,” kata beliau yang merupakan kakitangan Jabatan Tenaga Kerja.

Kontinjen Perlis yang diwakili oleh Mohd Nasir bin Ibrahim, Nur Syafarina Che Ani, Aizatul Akma Wani binti Arriffin, Zaidan Che Tam dan Lim Siew Ching yang yang juga staf dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Mohammad Zahir Bidin, Mohammad Nazim Mohd Kamar, Muhammad Rizal Ruslan, Mohd Zamzi Hassan, Hashim Rahman.

Kejohanan MAKSAK berlangsung pada 25 November 2021 hingga 28 November 2021 dengan disertai 11 pasukan seluruh Malaysia antaranya Pulau Pinang, Melaka, Angkatan Tentera Malaysia, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia, Kelantan, Perak dan Perlis sendiri

Tagged under: UniMAP, berita,