A+ A A-

MoA UniMAP-LENOXCELLS BUKA PELUANG TAMBAH KEPAKARAN PKS

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 30 November –  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Lenoxcells Sdn Bhd bagi program kerjasama kedua-dua pihak iaitu SME Lean Practitioner Certification Program Collaboration, di sini hari ini.

UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli manakala Lenoxcells diwakili pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ang Kua Cheng.

 

Prof Dr Zaliman berkata, menerusi MoA berkenaan kedua-dua pihak akan menawarkan latihan kepada golongan yang bekerja di industri khususnya dalam ‘lean manufacturing’.

“Kerjasama ini akan memberi peluang kepada UniMAP berkongsi kepakaran dalam akademik manakala Lenoxcells yang merupakan sebuah syarikat konsultansi dan latihan pula berkongsi kepakaran dalam bidang industri berkaitan.

“Program ini juga menyasarkan mereka yang bekerja di syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) bagi melengkapkan mereka kemahiran penting dalam membantu melonjakkan PKS,” kata beliau.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) Prof Madya Ir. Dr. Mohd Shukry Abd Majid.

Tambah beliau, bagi pihak UniMAP program kerjasama itu diketuai Ts. Dr. Tan Chan Sin bersama Prof Madya Dr Rosmaini Ahmad dan Dr Shaliza Azreen.

“Mereka yang mengikuti latihan menerusi program ini akan memperolehi sijil sebagai ‘Lean Professional’ daripada UniMAP dan Lenoxcells yang secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada pembangunan kerjaya mereka dalam aspek akademik mahupun industri, “ katanya.

 

 

Tagged under: UniMAP, berita,