- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Fazemil
UniMAP TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR
Oleh: Nurul Aida Othman
PAUH PUTRA, 3 Januari - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir apabila menghantar seramai 60 sukarelawan di kawasan Temerloh, semalam.
Mereka terdiri daripada pelajar dan staf yang mempunyai pelbagai kepakaran akan berkampung selama 3 hari di lokasi tumpuan iaitu Kampung Batu Kapor bagi membantu operasi mencuci dan membersih kawasan yang terjejas akibat banjir yang melanda pertengahan Disember lalu.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata pemilihan lokasi ini dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diberi tanggungjawab untuk mengetuai misi ‘Ops Cuci Banjir’ di kawasan Temerloh.
Untuk rekod UniMAP pertama kali menghantar bantuan banjir adalah pada 21 Disember lalu ke kawasan Lembah Klang sebelum meneruskan misi pasca banjir ke Temerloh.