Logo

UniMAP RAIH PINGAT EMAS TERTINGGI DI PECIPTA 2022

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Pauh Putra, 4 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih pingat emas tertinggi keseluruhan pada Pameran Penyelidikan Dan Inovasi International Conference And Exposition On Inventions By Institutions Of Higher Learning (PECIPTA 2022) yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP telah menghantar 18 projek inovasi ke pameran berkenaan yang diadakan secara fizikal dan maya yang berlangsung mulai 2 hingga 3 November 2022.

Ujarnya, kesemua projek itu berjaya meraih 100 peratus pingat iaitu 13 pingat emas, tiga pingat perak dan dua gangsa sekaligus mencatat pingat emas tertinggi berjaya diraih oleh penyelidik-penyelidik UniMAP.

 

“Kecemerlangan penyelidik-penyelidik UniMAP membuktikan komitmen yang jitu dan kebersamaan sekaligus meningkatkan prestasi UniMAP dalam penyelidikan. Tahniah diucapkan,” kata beliau.

Salah satu produk yang berjaya memperolehi emas ialah ‘Carbon Capture by Eggshell Waste’ hasil ciptaan Prof Madya Dr Midhat Nabil Ahmad Salimi, Prof Madya Dr Subash C. B. Gopinath, Prof Madya Ts Dr Azlin Fazlina Osman, Prof Madya Ts Dr Noorhafiza Muhammad, Prof Madya Dr Norsuria Mahmed, dan Ts. Dr Wan Azani Wan Mustafa.

Dr Midhat Nabil berkata kulit telur yang lazimnya dianggap sebagai sisa buangan dan tiada nilai, sebenarnya boleh digunakan sebagai bahan penyerap (sorben) yang dapat memerangkap gas karbon dioksida yang terbebas daripada sesuatu punca pelepasannya.

Tambahnya, sorben ini adalah mudah untuk diolah daripada sisa buangan kulit telur dan ianya amat berkesan untuk memerangkap gas karbon dioksida, selain kosnya yang begitu murah untuk dihasilkan.

Inovasi ini memberikan impak yang begitu besar dari segi dapat mengurangkan kesan pemanasan global bagi jangka masa yang panjang, selain dapat mengurangkan jumlah sisa buangan kulit telur di tapak-tapak pelupusan sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

PECIPTA merupakan program yang dijalankan dua tahun sekali yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama-sama dengan institusi rakannya sejak tahun 2001 yang bertujuan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif dari institusi pengajian tinggi.

Selain produk berasaskan kulit telur itu, 12 lagi produk yang berjaya meraih emas ialah IoT-based Slope Health Monitoring System, HabaQQ NPK - Prediction Of Soil Nutrient for Harumanis Mango Vegetative Shoot Grow Harumanis Mango based TDR Method; Development of Intelligent Agriculture Management Information System; Smart Prediction System For The Quality Of Fish In Supply Chain With The Integration Of Internet Of Things (QFISH-IoT); High Performance and Compostable New Meat and Poultry Trays Made From 100% Rice Straw; Smart Lighting Control And Monitoring System; Ssd Based Rf Detector For 5G Networks & Rf-Dc Harvesting Application; Modified Interdigitated Microelectrodes For Prostate Cancer's Biomarker Detection; Archimedean Nano-MIP Sensor: A Pre-operative Assessment Tool for Inherited and Acquired Coagulopathy Diagnosis; e-QUARANTINE CENTRE: A Smart Monitoring Patients for Remote Quarantine using Disposable RFID Wristband Tag Technology; Seri Perlis Range Extender Electric Vehicle (SP- Reev) As A Pioneer For Ev's Commercialization In Malaysia; dan Smart Compost Bin (SaCoB).

Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.