A+ A A-

Peserta ASP 2014 Mula Tiba Di UniMAP

Padang Besar,  5 Ogos --  Para peserta  yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari 23 Universiti di Asia  sudah mula tiba di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Uniciti Sungai Chuchuh, di sini.

Mereka antara peserta yang akan menyertai Asia Summer Program (ASP) 2014 yang akan berlangsung selama tiga minggu bermula 5 hingga 23 Ogos 2014 di kampus UniMAP.

Pengerusi ASP 2014, Prof Dr  Harshita Aini Haroon ketika dihubungi berkata pihak sekretariat telah menerima ketibaan peserta sejak 3 Ogos lalu dimana peserta dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) merupakan antara yang terawal tiba.

“Alhamdulillah, kita menerima ketibaan para peserta ini  seperti yang dijadualkan dan seterusnya proses pendaftaran turut berjalan lancar.  Mereka semuanya akan ditempatkan di Kampus Uniciti UniMAP.

Ketibaan mereka disambut meriah oleh warga UniMAP terdiri daripada pihak sekretariat dan sukarelawan pelajar yang terlatih bagi memberi bimbingan dan bantuan kepada para peserta ASP 2014,”katanya.

Menurut beliau antara negara yang telah selamat tiba adalah peserta dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Kyrgystan, sementara pada malam ini UniMAP bakal menerima para peserta dari Jepun, Ameriah Arab Bersatu (UAE), Korea, Turki, Bangladesh, United Kingdom, dan Amerika.

Beliau berharap ASP 2014 akan berlangsung dengan baik dan menjadi penganjur terbaik pada kali ini.