A+ A A-

UniMAP Kekalkan Pengitirafan MS ISO 9001:2008

1 Ogos 2013

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sekali lagi mengekalkan keunggulannya dalam Sistem Pengurusan Kualiti apabila sekali lagi menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM QAS International (SIRIM) baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut sah digunakan bermula 16 Julai 2013 sehingga 15 Julai 2016 setelah pihak SIRIM menjalankan kembali audit di 10 Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Alam Sekitar, Bioproses serta  Pusat Teknologi Komunikasi dan  Pembangunan Insan.

Enam lagi PTj yang terlibat adalah Institut Matematik Kejuruteraan, Pusat Kokurikulum, Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar dan Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti.

Kejayaan tersbut adalah hasil kerja keras daripada semua PTj yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan dengan lancar.