- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
Bubur Lambuk Istimewa PTSFP Untuk Pelajar Berasrama
Kangar, 06 Julai – Warga Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi tanggungjawab sebagai fasa terakhir melalui Pusat Islam UniMAP bagi mengedarkan bubur lambuk di bulan Ramadan ini, hari ini.
Bubur lambuk yang diedarkan itu dimasak sendiri oleh 50 warga kerja PTSFP diketuai Ketua Pustakawan, Puan Mazmin Mat Akhir mengikut penggiliran yang ditetapkan termasuk proses penyediaan bahan mentah, pembungkusan dan pengedarannya.
Bagi fasa kali ini, empat buah sekolah agama berasrama sekitar negeri ini menerima 10,000 bungkusan bubur lambuk yang dimasak menggunakan 10 buah periuk.
Terdahulu, Program Bubur Lambuk UniMAP melalui Pusat Islam UniMAP ini diberi tanggungjawab kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) diikuti iKOM pada minggu lalu dan PTSFP pada hari ini yang membabitkan tiga fasa.
Program memasak dan mengedar bubur lambuk ini di bulan Ramadhan ini diadakan sejak awal penubuhan UniMAP iaitu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) sebagai salah satu tanggungjawab sosial universiti (USR).