A+ A A-

Atlit Perlu Pamer Semangat Juang Yang Tinggi

Shah Alam, 17 Ogos – Barisan atlit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terpilih mewakil iuniversiti pada Kejohanan Sukan Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke-40 perlu menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan yang disertai.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, selain itu, barisan atlit UniMAP juga perlu mengutamakan disiplin dan semangat kesukanan dalam menjaga imej dan reputasi UniMAP di kalangan Universiti Awam (UA) lainnya.

“Setiap pasukan mengimpikan kejuaraan, namun biarlah kejuaraan itu hadir dengan semangat perjuangan pada landasan yang betul. Sebagai juara bertahan, kita tidak boleh terus selesa dibuai kejayaan lalu, sebaliknya terus menyimpan iltizam untuk mengekalkan kejayaan yang sama pada tahun ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan dengan 135 atlit dan pegawai UniMAP yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat, Majlis Perasmian Kejohanan SUKUM Ke-40 di Stadium UiTM Shah Alam di sini.

Pada kejohanan yang bakal berlangsung sehingga 23 Ogos itu, UniMAP akan mengambil bahagian dalam 15 acara antaranya Badminton Campuran, Basikal (Lelaki), Bola Sepak (Senior), Bola Sepak (Veteran), Bola Tampar (Lelaki), Bola Tampar (Wanita), Boling Padang (Lelaki), Boling Padang (Wanita), Dart (Lelaki), Futsal (Lelaki), Futsal (Wanita), Olahraga (Lelaki), Olahraga (Wanita), Tenpin Boling (Lelaki) dan Tenpin Boling (Wanita).

 

SUKUM

SUKUM

SUKUM

SUKUM

SUKUM