- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
Kor SUKSIS UniMAP Anjurkan Program Sustain The Nature For The Future Di Langkawi
LANGKAWI, 12 Oktober – Seramai 61 anggota Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai program Sustain The Nature For The Future anjuran pada 3 dan 4 Oktober, baru-baru ini.
Program selama dua hari satu malam itu merupakan anjuran bersama UniMAP, The Rotary Club of Langkawi (RCL), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) Universiti Kebangsaan Malaysia , Biro Tatanegara Negeri Perlis dan Polis Marin.
Komandan Kor SUKSIS UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal merangkap Timbalan Naib Akademik dan Antarabangsa UniMAP, berkata, program yang berobjektifkan membina kesedaran mencintai alam dan sumber semulajadi serta mengukuhkan semangat berpasukan.
“Pada hari pertama program, semua peserta telah dibawa untuk Program Pembersihan Sungai Kilim anjuran (RCL) dan Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA) di mana kita dibawa ke Pulau-Pulau Kecil serta perairan laut Langkawi untuk mengutip dan membersihkan sampah sarap di kawasan yang ditetapkan.
“Selain Kor SUKSIS UniMAP, program ini turut disertai seramai 900 peserta dari Pusat Latihan Polis, Tentera Laut, Sekolah, Industri Hotel, Pelancong dan penduduk tempatan,”katanya ketika ditemui baharu-baharu ini.
Ujar Dato’ Dr. Zul lagi, di penghujung program, semua peserta turut menerima Sijil Penghargaan dari pihak penganjur yang diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Semua anggota SUKSIS UniMAP akan terus memberikan yang tinggi untuk bersama-sama membantu Kerajaan Malaysia dalam memastikan kebersihan dan keindahan Kilim Geopark Forest di Pulau Langkawi ini agar terus mendapat pengiktirafan UNESCO.
“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat UniMAP dalam memastikan kelestarian alam sekitar,”katanya lagi.
Turut serta dalam program selama dua hari tersebut Wakil Ketua Polis Perlis, Supritenden V.Raja A/L Vadievelu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Perlis.
Hadir sama Timbalan Komandan Kor SUKSIS UniMAP, Supritenden Kor SUKSIS, Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail,Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UniMAP, Asisten Superintendent Kor SUKSIS Che Yob Pin dan Pegawai Latihan Luar Kor SUKSIS,Asisten Superintendent Kor SUKSIS Raja Shah Erman Raja Arifin.
Selain Program Pembersihan Sungai Kilim, para anggota SUKSIS juga turut terlibat dengan program Kelestarian di Air Terjun Telaga Tujuh dan Program High Profile Policing (HPP).
Kata Dato’ Dr. Zul lagi, Kor SUKSIS UniMAP beriltizam akan menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan bagi menyokong kelestarian alam sekitar dan sumber semulajadi yang menjadi pemangkin kepada ekosistem kehidupan yang damai dan harmoni selari dengan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang dididik dan dilatih sebagai anggota sukarelawan Polis Diraja Malaysia .
anggota SUKSIS bersama Ketua JPJKK PDRM Perlis
Anggota SUKSIS bersama Komandan dan Presiden RCL
Cenderahati kepada pihak RCL
Kempen bersama Komandan
Pembersihan Laut
Pembersihan Laut
Pembersihan Pulau
Pembersihan Pulau
Pembersihan Pulau
Pembersihan Pulau
Pembersihan Pulau
Pembersihan Telaga Tujuh
Pembersihan Telaga Tujuh
Pembersihan Telaga Tujuh
Persiapan bot untuk bergerak
Sesi HPP bersama PDRM Perlis