A+ A A-

Suami Isteri Cipta P-COSBi Untuk Saringan COVID-19 - Bernama

Sumber : Bernama

KANGAR, 9 April -- Dua penyelidik yang juga pasangan suami isteri daripada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil dengan idea membangunkan bilik saringan COVID-19 yang dikenali sebagai ‘Perlis COVID-19 Screening Booth’ (P-COSB) 1.0.

Ketua Penyelidik CEASTech, Prof Madya Dr Ammar Zakaria berkata idea membangunkan konsep tersebut tercetus apabila melihat kejayaan Korea Selatan menguna ‘booth’ sebagai pusat saringan COVID-19.

“Pada peringkat awal, saya bersama isteri, Prof Madya Dr Latifah Munirah Kamarudin mencari idea bagaimana untuk membantu petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan.

 

“Harga bagi sepasang peralatan perlindungan diri (PPE) adalah sekitar RM100, namum dengan adanya P-COSB ini perbelanjaan dapat dijimatkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

P-COSB itu ditempatkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis dan berharga kira-kira RM50,000 dengan dilengkapi empat bilik saringan yang boleh digunakan serentak serta menjimatkan masa.

Kontena yang diubahsuai ini turut dilengkapi pendingin hawa dan mikrofon serta mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

Dr Ammar berkata sebuah syarikat dengan kerjasama Yayasan UniMAP kini sedang dalam proses untuk membangunkan 10 buah lagi kontena untuk diubah suai menjadi P-COSB yang akan ditempatkan di beberapa buah hospital terutamanya kawasan Zon Merah.

Individu atau organisasi yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Dr Ammar melalui e-mel عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته. atau menghubungi talian 012-538 8652.

-- BERNAMA