ARAU, 19 Sept -- Pegawai Muda Angkatan Pertahanan Awam (APM) perlu sentiasa peka dengan kedaaan terkini dan bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah mereka juga harus tahu tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan sesuatu keadaan.
KANGAR, 9 April -- Dua penyelidik yang juga pasangan suami isteri daripada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil dengan idea membangunkan bilik saringan COVID-19 yang dikenali sebagai ‘Perlis COVID-19 Screening Booth’ (P-COSB) 1.0.
Ketua Penyelidik CEASTech, Prof Madya Dr Ammar Zakaria berkata idea membangunkan konsep tersebut tercetus apabila melihat kejayaan Korea Selatan menguna ‘booth’ sebagai pusat saringan COVID-19.
“Pada peringkat awal, saya bersama isteri, Prof Madya Dr Latifah Munirah Kamarudin mencari idea bagaimana untuk membantu petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan.
Kangar, 10 Mac – Pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) merupakan langkah tepat yang diambil oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap peranan sains dan kepentingannya kepada kesejahteraan sosioekonomi negara.
Naib Presiden Pertubuhan Pernciptaan Harta Intelek Dunia (WIIPA), Prof. Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, sebagai seorang menteri yang masih muda, pelantikan beliau dilihat dapat memenuhi aspirasi anak-anak muda dan pada masa sama memupuk minat dan membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutama dalam kalangan pelajar.
Mohd. Mustafa Al-Bakri yang juga Pengurus Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut mengharapkan agar Khairy Jamaluddin dapat membawa bidang STI dan STEM untuk lebih dekat dengan rakyat terutama di kawasan pedalaman.
Jelas beliau, kemerosotan minat pelajar terhadap bidang STEM iaitu pada kadar 49 peratus pada tahun 2012 kepada 44 peratus pada tahun lalu merupakan satu isu serius yang harus ditangani terlebih dahulu sebaik sahaja beliau menjawat jawatan menteri.
“Dalam konteks ini, saya melilhat beliau (Khairy Jamaluddin) tidak boleh bekerja secara silo sebaliknya agenda pembudayaan bidang STI dan STEM ini harus berjalan seiring dengan peranan yang dimainkan oleh dua lagi kementerian utama iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“Ketiga-tiga kementerian ini harus bekerja secara bersama dan menjadi rakan strategik utama yang mana gerakan pembudayaan ini tidak dapat dijayakan dalam tempoh singkat sebaliknya memerlukan masa untuk memupuk dan menyemai minat dalam diri setiap rakyat Malaysia sehingga mampu membudayakan inovasi dalam segenap aspek kehidupan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.