A+ A A-
  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

JKes UniMAP GUNA TEKNOLOGI PESAWAT TANPA PEMANDU PANTAU KESELAMATAN KAMPUS

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Pauh Putra, 28 April – Sebagai alternatif tambahan bagi meningkatkan kawalan keselamatan dalam kampus, Jabatan Keselamatan (JKes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggunakan teknologi Pesawat Udara Tanpa Pemandu (dron).

Alternatif berkenaan adalah selaras dengan hasrat universiti untuk memastikan lapan teras UniMAP termasuk Pemantapan Infrastruktur dapat dicapai oleh semua pihak berkepentingan sekurang-kurangnya sehingga 2025.

اِقرأ المزيد: JKes UniMAP GUNA TEKNOLOGI PESAWAT TANPA PEMANDU...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

SISTEM AL-QURAN DIGITAL TANPA WAYAR UniMAP MUDAHKAN IMAM SOLAT TARAWIH

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 5 April 2022 – Cetusan idea penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sistem Al-Quran Digital Kawalan Tanpa Wayar memudahkan imam membaca ayat lebih panjang dalam solat sunat atau solat tarawih.

Sistem yang dibangunkan Prof. Ir. Dr Anuar Mat Safar yang juga pengerusi Masjid Al-Arifin Padang Katong itu menjadikan kariah berkenaan yang pertama kali menggunakannya bagi solat tarawih pada Ramadan kali ini.

Dekan FTKEN Prof Madya Ts. Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata projek itu adalah hasil kerjasama masjid itu, FTKEN, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

اِقرأ المزيد: SISTEM AL-QURAN DIGITAL TANPA WAYAR UniMAP...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

LOKAKARYA LITERASI DAN NUMERASI UniMAP-HASANAH BANTU GURU BIMBING MURID TERCICIR 3M

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 28 Mac 2022 – Berikutan cabaran pandemik sebelum ini, tidak semua murid sekolah dapat mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPR) sekaligus menimbulkan isu yang membimbangkan khususnya keciciran murid seperti masalah buta huruf atau murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat umur sepatutnya.

Sehubungan itu, satu lokakarya dianjurkan di bawah Projek Pemulihan Literasi dan Numerasi Tahap 1 bagi Penduduk Miskin, B40 dan Golongan Terkesan Pascapandemik COVID-19 di Perlis iaitu Pengamalan Modul Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Numerasi: Hasanah Special Grant (HSG) 2021-2022 di bawah seliaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui kerjasama pintar bersama dengan Yayasan Hasanah, Weser Solutions Sdn. Bhd, dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN).

اِقرأ المزيد: LOKAKARYA LITERASI DAN NUMERASI UniMAP-HASANAH...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

SISTEM ELEKTRONIK PENYELIDIK UniMAP & UUM JAGA PADANG GOLF

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 28 Mac 2022 – Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal membangunkan sistem elektronik dan keberkesanan bagi mengurangkan kerosakan di Padang Golf.

Penyelidikan sistem berkenaan yang diketuai Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad dijangka dapat direalisasikan menerusi sumbangan geran penyelidikan yang disampaikan oleh syarikat swasta, IR-Saf Holiday & Express Sdn Bhd sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Golf Putra (KGP), di sini.

اِقرأ المزيد: SISTEM ELEKTRONIK PENYELIDIK UniMAP & UUM JAGA...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

AHLI AKADEMIK MTUN PERTAMA TERIMA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 25 Mac 2022 – Ahli akademik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang juga staf akademik pertama UniMAP serta universiti di bawah Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Negara  (AAN) ke-14.

Prof.Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh menerima anugerah berkenaan dalam kategori Ahli Akademik Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Majlis AAN, di Putrajaya, semalam.

Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama sijil dan trofi.

اِقرأ المزيد: AHLI AKADEMIK MTUN PERTAMA TERIMA ANUGERAH...