Kangar, 7 Februari – Empat produk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih emas pada Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2020).
Ketua Delegasi UniMAP, Profesor Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah yang juga Exco Persatuan Penyelidikan Inovasi Malaysia (MyRIS) berkata UniMAP menghantar sebanyak 13 produk untuk IPITEX 2020.
“Empat produk yang meraih emas adalah IOT Based Food Poisoning Detector hasil penyelidikan Prof Dr Uda Hashim dan HY-HAp: A Novel Technique To Produce Low Sintering Temperature Hydroxyapatite (HAp) For Medical Application penyelidikan Wan Mohd Arif Wan Ibrahim.
KANGAR, 16 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berusaha menawarkan kolej kediaman yang terbaik kepada mahasiswanya walaupun terdapat kekurangan di beberapa unit pangsapuri yang dijadikan penginapan.
Bagi mengatasi kekurangan itu, empat kolej kediaman di universiti itu yang berkonsepkan sewaan pangsapuri dari beberapa agensi kerajaan dan orang perseorangan dijenamakan semula dari Kolej Kediaman UniMAP kepada Kompleks Perumahan UniMAP.
Naib Canselornya, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata penjenamaan semula kolej kediaman itu adalah kerana ia dapat membuka lebih luas peranan serta fungsinya dalam memenuhi keperluan pelajar serta staf di UniMAP.
Ujarnya, peranan dan fungsi empat kolej kediaman berbentuk pangsapuri ini perlu dijenamakan semula agar fungsinya dan kegunaannya selaras dengan rekabentuk asal rumah kediaman itu sebagai sebuah pangsapuri.
KANGAR, 10 Februari – Usaha bagi menambah minat golongan muda terhadap Pendidikan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terus menjadi salah satu agenda pendidikan negara pada tahun ini turut diberi perhatian oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Universiti berteraskan kejuruteraan di utara itu menerusi Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) berjaya menganjurkan The 1st International Conference on Creativity and Innovation (ICCI 2020) sempena persidangan 2nd International Conference on Green Engineering and Technology (IConGETech 2020) dan Pameran Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition 2020 (IPITEx 2020), di Bangkok baru-baru ini.
Pengurus CEGeoGTech, Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata menyedari keperluan STEM dalam mengharungi Revolusi Industri ke-4 yang semakin rancak, pusat kecemerlangan berkenaan mengambil inisiatif menganjurkan ICCI 2020 yang dianjurkan dengan kerjasama World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) itu.
“Ia bertepatan dengan amanat dan aspirasi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku pemangku Menteri Pendidikan ketika Majlis Amanat dan Aspirasi Bersama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 baru-baru ini.
“UniMAP turut mengambil tanggungjawab bersama-sama memberi perhatian dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM serta berkemahiran tinggi terutama kepada golongan muda seawal dari sekolah rendah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
ICCI yang bermula 3 Februari hingga 5 Februari 2020 melibatkan beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan beberapa negara lain menfokuskan kepada pembentangan penyelidik sekolah rendah sehingga universiti.
Tambah Dr Mustafa, ICCI 2020 menerima lebih daripada 100 penyertaan membabitkan 200 pelajar sekaligus memberi inspirasi penganjuran ICCI secara bersiri pada masa akan datang di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
“Kekurangan pengetahuan berkaitan kerjaya graduan sains dan kurangnya bimbingan pemilihan kerjaya dalam bidang sains menyebabkan golongan muda masa kini kurang memberi tumpuan dalam bidang berkenaan.
“Pada ICCI ini, peserta diberi pendedahan dengan melakukan aktiviti yang memberi peluang mereka menunjukkan hasil inovasi berkaitan STEM sekaligus membuang tanggapan negatif mengenai bidang itu,” kata beliau.
Majlis Penutup ICCI 2020 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof Ts Dr Uda Hashim disaksikan Pengarah Pembangunan Antarabangsa WIIPA, Yang Lung Shih.
PAUH PUTRA, 30 Jan - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal memperkukuhkan hubungan strategik bersama Universiti Sumatera Utara (USU), Indonesia.
Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata, lawatan Strategik empat hari ke Medan Indonesia telah membuahkan hasil dengan beberapa potensi kerjasama yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat antaranya bersama USU.
“Hasil perbincangan bersama pihak USU kita telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama dalam bidang penyelidikan, program dua ijazah (double degree) untuk pasca sarjana serta pertukaran staf bagi kedua universiti.
KANGAR, 6 Februari – Selaras dengan usaha transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah jauh ke negara matahari terbit bagi melonjakkan hubungan antara UniMAP dengan universiti negara berkenaan.
Usaha itu direalisasikan sempena lawatan rasmi delegasi UniMAP diketuai Naib Canselornya ke negara itu menerusi majlis menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) di antara UniMAP dan Universiti of Yamanashi (UoY), Jepun.
Dalam majlis itu, UniMAP diwakili Naib Canselor UniMAP Prof Ir Dr R Badlishah manakala UoY diwakili Presidennya Prof. Shinji Shimada.