RK86 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
Program ini diperkenalkan untuk menentukan Malaysia terus mampu berdaya saing dalam industri semikonduktor. Para graduan yang dilahirkan boleh menyumbang sebagai tenaga mahir tempatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bidang-bidang elektronik dan rekabentuk serta fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan dalam merekabentuk sistem-sistem mikroelektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini juga terbuka luas terutamanya di beberapa syarikat multi-nasional antaranya Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies dan Avago Technologies. Program ini meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara.
RK05 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik dengan Kepujian
Program ini direkabentuk untuk membekalkan tenaga mahir yang juga cekap dan berkebolehan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari untuk menyokong pertumbuhan pesat industri mikroelektronik di negara kita. Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang rekabentuk dan fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan di bidang fabrikasi litar terkamir. Peluang kerjaya para graduan di bidang ini amat meyakinkan.
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir serta mempunyai pengetahuan berbentuk 'inter-disciplinary', berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan dan teknologi. Para graduan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, pembuatan dan melaksanakan sistem yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Pembuatan yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pembuatan, mereka bentuk, penyelenggaraan, perundingan dan pendidikan. Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi para graduan, dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Antara industri yang terlibat adalah seperti Perodua, Proton, NAZA, Honda, Nissan, INOKOM, Silterra, Motorola, Flextronics, Solectron, Agilent Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mekanikal, pembuatan, rekabentuk produk, marin, aeronautik, automasi dan robotik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.
Antara peluang kerjaya yang berkaitan :
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Bahagian Rekabentuk, Proses Pembuatan dan Kawalan Kualiti
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Industri Pembuatan
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Bidang Penyelidikan dan Pembangunan Sektor Industri Pembuatan
Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga teknikal separa mahir di dalam bidang metalurgi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di dalam industri pemprosesan dan pembuatan berasaskan logam seperti sektor besi dan keluli, perkapalan, automotif, elektronik, pengekstrakan logam serta industri minyak dan gas. Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang metalurgi seperti pemprosesan dan pembuatan logam, pemesinan logam serta penyambungan logam melalui teknik-teknik kimpalan arka, gas, TIG dan MIG. Pelajar juga akan mempelajari kaedah-kaedah pengujian produk logam dengan menggunakan peralatan-peralatan yang spesifik seperti Universal Testing Machine (UTM), alat ujian kekerasan (Vicker’s, Brinell dan Rockwell), alat ujian hentaman (Izod dan Charpy). Keupayaan untuk mengaitkan keputusan ujian dengan sifat serta kelakuan logam melalui penggunaan peralatan terkini seperti Mikroskop Imbasan Elektron (SEM), Pembelauan Sinar-X (XRD) dan peralatan Ujian Tanpa Musnah (NDT) bakal memberikan kelebihan kepada bakal graduan diploma metalurgi kelak.
Graduan Diploma Kejuruteraan Metalurgi mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada di sektor swasta atau awam. Graduan program ini berkelayakan sebagai pembantu jurutera atau tenaga teknikal dalam dalam bidang-bidang industri seperti pemprosesan dan pembuatan logam, automotif, minyak dan gas, elektronik, pengujian bahan, perkhidmatan dan penyelenggaraan, kawalan dan mutu produk, reka bentuk produk, analisa kegagalan dan kimpalan logam. Antara pemain-pemain utama industri yang yang berkaitan dengan program ini ialah Ann Joo Steel, Antara Steel, Intel, KOMAG, Proton, Perwaja Steel, Produa dan Malaysian Smelting Corporation. Manakala dalam sektor awam, para graduan boleh memilih untuk berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan institusi-institusi penyelidikan. Selain menceburi bidang pekerjaan, graduan turut berpeluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan metalurgi atau kejuruteraan bahan yang ditawarkan oleh universiti-universiti di dalam mahu pun di luar negara.
Antara peluang kerjaya yang berkaitan :
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Proses
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Pengeluaran
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Pembuatan Kawalan Kualiti
Program ini direka bentuk untuk membekalkan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penyusunan program akademik memberi penekanan kepada aspek teori, praktikal dan pembangunan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar terkamil, fabrikasi wafer, pempaketan elektronik dan analisa kegagalan, di samping subjek teras yang berlandaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang terlibat adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik mahupun elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.
Antara peluang kerjaya yang berkaitan :
Juruteknik / Pembantu Jurutera Proses & Pengeluaran
Juruteknik / Pembantu Jurutera Pengeluaran dan Pembuatan
Juruteknik/ Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
Juruteknik / Pembantu Jurutera Kawalan Kualiti Pengeluaran