A+ A A-
  • كتب بواسطة: Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
  • المجموعة: ADMISSION

RK08 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

RK08 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

Objektif program ini adalah bertujuan melahirkan tenaga mahir di peringkat ikhtisas serta mempunyai semangat profesionalisme dan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.  Struktur kurikulum dibentuk agar para graduan mempunyai kebolehan serta kepakaran menganalisa, merekabentuk dan menghasilkan produk serta mampu mengadaptasi perubahan-perubahan sektor pekerjaan yang bakal ditempuhi.  Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan kemahiran berfikir. Selain daripada itu, para pelajar diwajibkan menjalani latihan industri bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal dari industri.

Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang meluas di sektor awam dan swasta iaitu industri pembuatan, pengeluaran, institusi pembangunan dan penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan lain-lain. Antara bidang-bidang yang berkaitan ialah mekanikal, haba, aliran bendalir, pembangunan produk-produk kejuruteraan dan produk pintar (smart products) yang mengintegrasikan pengetahuan elektronik, mikropemproses, dan sistem kawalan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Pembuatan
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Kualiti
  • Pengurus Kejuruteraan
  • Perunding Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurutera Jualan Mekanikal
  • Jurutera Servis Mekanikal
  • Jurutera R&D
  • Pegawai penyelidikan
  • Ahli akademik
  • كتب بواسطة: Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
  • المجموعة: ADMISSION

RK32 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

RK32 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer dengan Kepujian

Program ini bertujuan menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan yang  tinggi terhadap jurutera yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi di dalam bidang kejuruteraan dan sains polimer, sifat-sifat polimer, pengujian, rekabentuk produk/proses, pemilihan bahan dan pemprosesan polimer. Pertumbuhan pesat industri berkaitan bahan polimer seperti industri plastik, lateks, elektronik, automotif, aeroangkasa, bio-material dan lain-lain industri pembuatan berkaitan bahan polimer di negara kita merupakan pendorong utama kepada program ini. Selain itu, perkembangan pesat dalam bidang komposit berkaitan bahan polimer juga memerlukan sokongan dari jurutera polimer yang berkemahiran tinggi bagimengaplikasikan pengetahuan dan sumber bagi menyumbang kepada penyelesaian pelbagai permasalahan berkaitan kejuruteraan polimer.

Bidang kejuruteraan polimer adalah berkaitan dengan struktur dan sifat bahan-bahan polimer yang mempunyai aplikasi-aplikasi kejuruteraan. Kurikulum kejuruteraan polimer menekankan pemahaman pelajar dalam pengetahuan asas tentang sifat-sifat bahan polimer seperti termoplastik, elastomer, lateks dan termoset  serta kaedah pemprosesannya kerana bahan-bahan ini merupakan keperluan di dalam hampir setiap industri. Sifat-sifat polimer merangkumi aspek berkaitan bahan polimer termasuk struktur,  pengujian dan pencirian polimer. Manakala pemprosesan polimer merangkumi asas pengetahuan dan teknik di dalam pemprosesan termoplastik, termoset dan getah, sifat reologi, kaedah pemprosesan, penyelesaian kepada masalah pemprosesan, serta kaitan antara parameter pemprosesan dan kualiti hasilan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Pemprosesan Plastik
  • Jurutera Komposit
  • Jurutera Jaminan/Kawalan Mutu
  • Jurutera Pemprosesan Bahan
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Pembangunan Produk
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Pembungkusan Elektronik
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Penyelidik
  • Jurutera/ Perunding Analisis Kegagalan Bahan
  • كتب بواسطة: Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
  • المجموعة: ADMISSION

RK23 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

RK23 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian 

Program ini tertumpu kepada beberapa bidang utama iaitu sistem kuasa, mesin elektrik dan kejuruteraan voltan tinggi. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari keseluruhan operasi di dalam sistem kuasa merangkumi penjanaan, penghantaran, perlindungan dan pengagihan kuasa. Selain itu, kursus ini turut meliputi rekabentuk mesin elektrik, teknik-teknik kawalan dan kejuruteraan voltan tinggi.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Elektrik
  • Jurutera Kompeten Elektrik
  • Jurutera Servis Elektrik
  • Konsultan Elektrik
  • Jurutera Fasiliti
  • Jurutera Selenggara
  • Jurutera Rangkaian Keretapi Elektrik
  • Pereka Elektrik (R&D)
  • Ahli Akademik
  • كتب بواسطة: Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
  • المجموعة: ADMISSION

RK12 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

RK12 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian

Program ini bertujuan melahirkan jurutera bahan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan dan sains bahan, sifat-sifat bahan, pengujian, pemilihan, pemprosesan bahan dan kegunaan bahan-bahan yang terbaik untuk kegunaan manusia sejagat. Ini meliputi bahan untuk rekabentuk produk industri yang canggih dan berteknologi tinggi.
Kejuruteraan Bahan adalah bidang yang memperihalkan pengkajian dan penggunaan prinsip sains bahan supaya bahan boleh direka bentuk menjadi benda atau produk penting yang diperlukan manusia. Para jurutera bahan berkait rapat dengan pelbagai jenis bahan utama iaitu logam, polimer, seramik, komposit, bahan elektronik, bahan-bio, semikonduktor dan superkonduktor. Kejuruteraan bahan mengaplikasikan prinsip sains, matematik dan kejuruteraan untuk memahami sifat-sifat bahan. Disiplin ini menjalinkan hubungan di antara kimia moden dengan fizik keadaan pepejal, selain daripada rekaan kejuruteraan dan analisis matematik.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Jaminan/Kawalan Mutu
  • Jurutera Pemprosesan Plastik
  • Jurutera Pemesinan Logam
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Pembangunan Produk
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Pemprosesan Bahan
  • Jurutera Bahan Elektronik/ Penlogaman
  • Pegawai Penyelidik
  • Ahli Akademik
  • Jurutera Perkhidmatan & Penyelenggaraan
  • Jurutera/ Perunding Analisis Kegagalan Bahan
  • كتب بواسطة: Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
  • المجموعة: ADMISSION

RK20 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan

RK20 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian

Program ini telah diperkenalkan untuk membekalkan tenaga pekerja mahir serta cekap dalam merekabentuk perkakasan dan perisian di mana penumpuan diberikan kepada rekabentuk sistem terbenam dan sistem komputer. Ia selaras dengan pertumbuhan pesat industri perkakasan dan perisian komputer di Malaysia. Berbekalkan kelebihan sistem pengajaran secara aplikasi pengetahuan terhadap perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan yang berkaitan dan terkini. Dengan pengetahuan tersebut para graduan akan mempunyai keyakinan yang tinggi serta dapat menyesuaikan diri dengan cepat sama ada dalam sektor industri atau R&D.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Perisian
  • Jurutera Perkakasan
  • Jurutera DSP
  • Jurutera Produk
  • Jurutera Pengujian
  • Jurutera Jualan
  • Perunding Kejuruteraan
  • Jurutera Pembangunan
  • Jurutera Proses
  • Jurutera Kawalan Kualiti/Piawaian
  • Pemaju Perisian
  • Usahawan
  • Jurutera R&D
  • Jurutera Instrumentasi
  • Jurutera Rekabentuk Litar Bersepadu
  • Pegawai Sistem (IT)
  • Ahli Akademik

مجموعات فرعية