A+ A A-

MAJLIS SERAHAN PLAQUE INDUSTRY UNIVERSITIY COLLABORATION UniMAP - JUNIPER NETWORKS

PAUH PUTRA - 16 Februari 2023 , Sesi bersama Juniper Networks Malaysia Mr. Ken Lee, Director Sales ASEAN dan Mrs. Maureen Wee, Enterprise Business Malaysia & Brunei sempena Majlis Serahan Plaque Industry University Collaboration UniMAP-Juniper Networks. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli. Turut serta di dalam majlis ini adalah Ts. Nasrudin bin Abd. Shukor, Pengarah Pusat Pengurusan Dan Pembangunan Digital dan Prof. Madya Dr. Khairel Rafezi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan UniMAP.

 

 

 

UniMAP MENDAPAT TEMPAT KE-11 DI KALANGAN 367 UNIVERSITI MALAYSIA YANG DISENARAIKAN DALAM PENARAFAN WEBOMETRICS, EDISI JANUARI 2023

PAUH PUTRA, 7 Februari - Berdasarkan keputusan penarafan Webometrics pada Edisi Januari 2023, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di kedudukan ke-11 dalam kalangan 367 universiti Malaysia yang disenaraikan oleh Webometrics Ranking of World Universities (WRWU).  Tahniah diucapkan kepada UniMAP kerana telah meningkatkan kedudukan peringkat dunia daripada tangga ke-1575 kepada tangga ke-1405 dan kedudukan peringkat Malaysia daripada tangga ke-15 kepada tangga ke-11. (Sumber: https://www.webometrics.info/en/Asia/Malaysia%20)

Read more: UniMAP MENDAPAT TEMPAT KE-11 DI KALANGAN 367...

SENTIASA BERPEGANG TEGUH PRINSIP RUKUN NEGARA - RAJA MUDA PERLIS

Oleh: Nurul Aida Othman

ALOR SETAR, 7 November - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggesa pegawai muda untuk sentiasa berpegang teguh kepada 5 Prinsip Rukun Negara dan ikrar sebagai rakyat Malaysia yang setia bagi mengelakkan kesejahteraan negara terjejas.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Malam sempena Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES UniMAP yang berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, di sini malam tadi.

Titah baginda, usaha mengekalkan keharmonian negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum bukan sesuatu yang mudah.

Read more: SENTIASA BERPEGANG TEGUH PRINSIP RUKUN NEGARA -...

UniMAP RAIH PINGAT EMAS TERTINGGI DI PECIPTA 2022

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Pauh Putra, 4 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih pingat emas tertinggi keseluruhan pada Pameran Penyelidikan Dan Inovasi International Conference And Exposition On Inventions By Institutions Of Higher Learning (PECIPTA 2022) yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP telah menghantar 18 projek inovasi ke pameran berkenaan yang diadakan secara fizikal dan maya yang berlangsung mulai 2 hingga 3 November 2022.

Ujarnya, kesemua projek itu berjaya meraih 100 peratus pingat iaitu 13 pingat emas, tiga pingat perak dan dua gangsa sekaligus mencatat pingat emas tertinggi berjaya diraih oleh penyelidik-penyelidik UniMAP.

Read more: UniMAP RAIH PINGAT EMAS TERTINGGI DI PECIPTA 2022

UniMAP TERIMA 1,921 PELAJAR BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 10 Oktober – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merekodkan kemasukan seramai 1,921 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2022/2023, hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata mereka terdiri daripada 931 pelajar lelaki dan 990 pelajar perempuan itu bakal mengikuti Minggu Suai Kenal yang dijadual berlangsung selama satu minggu.

Read more: UniMAP TERIMA 1,921 PELAJAR BAHARU IJAZAH...

204 INSPEKTOR KOR SUKSIS UA ZON UTARA TAMAT LATIHAN

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 1 Oktober – Seramai 204 Inspektor Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) Universiti Awam (UA) Tahun 2022 Zon Utara menerima sijil pelantikan di Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini.

Mereka adalah 56 daripada UniMAP, 81 daripada dua skuad Universiti Utara Malaysia (UUM) dan 67 daripada Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sijil pelantikan daripada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato’ Aidi Ismail.

Dato’ Aidi ketika berucap merasmikan Majlis berkenaan berkata beliau menyeru agar pegawai pegawai Kor SUKSIS yang dilantik agar menjauhkan diri daripada segala bentuk gejala sosial, serta pelanggaran undang-undang negara.

Read more: 204 INSPEKTOR KOR SUKSIS UA ZON UTARA TAMAT...