Competition for Designing UniMAP’s New Chancellery Building Color Scheme
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pertandingan Mereka Skima Warna Bangunan Canselori UniMAP adalah pertandingan yang dianjurkan bersempena pembangunan imej bangunan baharu Canselori. Bangunan Canselori UniMAP yang sedang dalam pembinaan di Kampus Alam Pauh Putra dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2018. Pembinaan Bangunan Canselori yang di selia sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ini bakal menempatkan Pejabat Pentadbiran utama universiti. Bangunan Canselori yang akan tersergam indah menghadap ke laluan utama Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon bakal menjadi ‘Signature Building’ UniMAP dan menjadi kebanggaan seluruh warga UniMAP khasnya dan negeri Perlis amnya.
Pengurusan Tertinggi UniMAP mempelawa seluruh staf dan pelajar UniMAP untuk bersama-sama mencurahkan idea dan kreativiti dalam mewarnai Bangunan Canselori UniMAP ini agar menjadi ikon / mercu tanda sebuah universiti awam yang unggul serta menjadi kebanggaan semua. Selaras dengan hasrat tersebut Pertandingan Mereka Skima Warna Bangunan Canselori ini dianjurkan bagi memilih Skima Warna yang bakal menghiasi Bangunan Canselori UniMAP tersebut kelak dengan tema "Kampus Alam”.
Sila download melalui url berikut untuk maklumat lanjut berkaitan :
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2017 (Jumaat) dengan menggunakan borang yang disertakan.
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
Johan |
RM2000.00 + Sijil Penghargaan |
Kedua |
RM1000.00 + Sijil Penghargaan |
Ketiga |
RM500.00 + Sijil Penghargaan |
Saguhati |
RM100.00 + Sijil Penghargaan |
Saguhati |
RM100.00 + Sijil Penghargaan |
Saguhati |
RM100.00 + Sijil Penghargaan |
Saguhati |
RM100.00 + Sijil Penghargaan |
Borang penyertaan, ilustrasi bangunan beserta keterangan skima warna hendaklah dihantar kepada Sekretariat Jabatan Pembangunan di alamat berikut sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2017 (Jumaat) sebelum jam 5.10 petang.
Sekretariat Pertandingan Skima Warna Bangunan Canselori UniMAP,
Unit Pengurusan Projek,
Jabatan Pembangunan,
Pejabat Tapak, Kampus Induk UniMAP,
02600 Pauh, Arau,
Tel : (04) 986 7857 Faks : (04) 986 7668
Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung syarat Pertandingan sila hubungi sekretariat Pertandingan di talian berikut:
En. Hanizan Bin Mat Hussein Tel. Pejabat : 04-986 7857 / fax: 04-986 7668
En. Ahmad Mahdzir Bin Md Nasir Tel. Pejabat : 04-986 7857 / fax: 04-986 7668
Atau melalui email:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Keputusan pemenang akan diumumkan sekitar awal Tahun 2018.