A+ A A-

UniMAP-UCTATI JALIN KERJASAMA PENULISAN BUKU

OLEH : AININULNIZA BT MOHD YUSOF

KANGAR, 28 April – Sebagai salah satu sebuah universiti yang mengutamakan penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberi tumpuan kepada pencapaian penyelidikan para akademiknya.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menjalinkan kerjasama dalam penulisan buku ilmiah antara UniMAP dengan Kolej Universiti Terengganu Advanced Technical Institute (UCTATI).

UCTATI merupakan kolej universiti swasta milik kerajaan negeri Terengganu, menyambut baik kerjasama dalam penerbitan buku ilmiah untuk kegunaan para pelajar yang berkaitan.

Read more: UniMAP-UCTATI JALIN KERJASAMA PENULISAN BUKU

ASPEK KEBERSAMAAN PERLU DIAMAL SEMUA KAKITANGAN UniMAP

OLEH : SUARA MERDEKA

ARAU, 24 Mac - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa aspek ‘Kebersamaan’ harus dijadikan amalan oleh seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam menghadapi cabaran dunia yang serba ‘Volatile, Uncertain, Complex dan Ambiguous (VUCA)’ iaitu dunia yang sukar dijangka.

‘Kebersamaan’ yang dimaksudkan adalah bukan sahaja di kalangan warga UniMAP semata-mata sebaliknya menerusi kerjasama industri, pihak komuniti, institusi ilmu lain, pihak kerajaan dan persekitaran bagi memastikan UniMAP sentiasa kekal maju.

Read more: ASPEK KEBERSAMAAN PERLU DIAMAL SEMUA KAKITANGAN...

UniMAP RAIH 49 PINGAT EKSPO TEKNOLOGI MALAYSIA (MTE 2021)

OLEH : AININULNIZA MOHD YUSOF & HARIAN METRO

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih 49 pingat ketika Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) yang berlangsung pada 22 Mac dan berakhir semalam.

Institusi pengajian tinggi itu meraih 17 pingat emas, 17 pingat perak dan 15 pingat gangsa termasuk satu merit ketika pameran inovasi yang menarik lebih 500 penyertaan termasuk institusi pengajian di luar negara.

Read more: UniMAP RAIH 49 PINGAT EKSPO TEKNOLOGI MALAYSIA...

MPKK UNICITI ALAM GERAKKAN MISI FOOD BANK BANTU PENGHUNI TERJEJAS

Padang Besar, 29 Mac – Memahami kesulitan yang dihadapi mahasiswa mengikuti kuliah secara dalam talian , Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) antara universiti yang mengambil pendekatan membenarkan mahasiswanya pulang ke kampus.

Namun, mahasiswa juga antara golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 terutama apabila ada di antara mereka yang pendapatan keluarga turut terjejas.
Menyedari hakikat itu, Majlis Penghuni Kolej Kediaman Uniciti Alam (MPKKUA) UniMAP meganjurkan misi ‘Food Bank’ bagi meringankan beban mahasiswa di kolej kediaman berkenaan.

Read more: MPKK UNICITI ALAM GERAKKAN MISI FOOD BANK BANTU...

158 PENYELIDIK UniMAP DIRAIKAN DALAM AKP 2020

Oleh : NURUL AIDA OTHMAN

KANGAR, 27 Mac - Seramai 158 penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (AKP) 2020 di sini, semalam.

Majlis tersebut adalah kesinambungan Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) yang diadakan pada 24 Mac lalu.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, penganjuran ini merupakan salah satu cara universiti dalam menzahirkan penghargaan kepada penyelidik UniMAP.

“Saya secara peribadi amat menghargai pencapaian anda semua kerana pencapaian anda adalah sumbangan yang menaikkan nama UniMAP,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Read more: 158 PENYELIDIK UniMAP DIRAIKAN DALAM AKP 2020

NAIB CANSELOR UniMAP PENERIMA ANUGERAH KHAS TOKOH PENYELIDIKAN TAHUN 2020

Oleh : NURUL AIDA OTHMAN

KANGAR, 27 Mac - Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad dinobatkan penerima Anugerah Khas Tokoh Penyelidikan Tahun 2020 di sini, semalam.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Albakri Abdullah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (AKP) 2020.

Menurut Prof. Dr. Mustafa, anugerah ini diberikan atas kapasiti sumbangan dan jasa yang diberikan oleh Naib Canselor kepada universiti dalam bidang penyelidikan.

“Prof. Dr. R Badlishah telah menyokong pelbagai agenda berkaitan penyelidikan di UniMAP.

Read more: NAIB CANSELOR UniMAP PENERIMA ANUGERAH KHAS...