A+ A A-

“Budak Sekolah Masuk Universiti”

Oleh : SUHANA ABD MUTALIB

 

KANGAR, 25 Februari - Air muka keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar terpancar wajah 18 pelajar sekolah sekitar Kangar yang berpeluang mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) yang dikendalikan di Makmal Komputer Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.

Anak-anak ini yang datangnya dari 10 buah sekolah di sekitar negeri ini merupakan pelajar dari kategori kurang berkemampuan dan berdepan dengan masalah untuk mengikuti sesi PdPR yang telah bermula Januari lalu.

Read more: “Budak Sekolah Masuk Universiti”

Kajian Kesan Virus Pada Serviks INEE UniMAP Raih 'Anugerah Best Of The Best' EREKA 2021

Oleh : AININULNIZA MOHD YUSOF

ARAU, 19 Februari – Kajian pasukan penyelidik Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengenai hubungkait antara virus COVID-19 ( SARS-CoV-2) dan  virus Papilloma terhadap serviks dan sistem pembiakan wanita berjaya  meraih anugerah Best of The Best di Ekspo Rekacipta & Pameran Penyelidikan UniMAP (EREKA) 2021.

Kajian penyelidikan berkenaan dilakukan bagi menguji kehadiran virus SARS-CoV-2 berkenaan dalam sampel serviks sekaligus mengkaji kemungkinan korelasi dan kesan Human Papillomavirus (HPV) yang menyebabkan barah serviks.

Read more: Kajian Kesan Virus Pada Serviks INEE UniMAP Raih...

Program Profesional UniMAP Diiktiraf CIDB Malaysia

Oleh : AININULNIZA MOHD YUSOF

Kuala Lumpur, 22 Februari -Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) dan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) menempa satu lagi sejarah apabila program Profesional diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Program di peringkat Diploma Profesional, Bacelor Profesional dan Master Profesional melalui dua disiplin iaitu Pembinaan Bangunan dan Pengurusan Bangunan & Penyelenggaraan Fasiliti itu ditawarkan dengan kerjasama Mega Jati Akademy (MJA).

Read more: Program Profesional UniMAP Diiktiraf CIDB Malaysia

UniMAP MARTABATKAN OLAHRAGA; ANJUR KURSUS KEJURULATIHAN

OLEH: SUHANA ABD MUTALIB

 

Arau, 16 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menganjurkan Kursus Kejurulatihan Olahraga KOM tahap 1, membabitkan 50 peserta yang terdiri daripada guru-guru sukan, jurulatih muda serta pelajar universiti.

Kursus yang dikendalikan secara dalam talian itu sekali gus menjadikan UniMAP sebagai organisasi pertama yang mengendalikan sepenuhnya kursus mengikut norma baharu susulan pandemik COVID-19 yang masih mencatatkan peningkatan kes terutamanya di Lembah Klang.

Read more: UniMAP MARTABATKAN OLAHRAGA; ANJUR KURSUS...

SUARA KITA DEDAH PELAJAR & ALUMNI UniMAP KERJAYA DI MUSIM PANDEMIK

OLEH: AININULNIZA MOHD YUSOF

 

ARAU, 5 Februari – Memahami situasi pandemik COVID-19 yang masih menular di negara kita, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) menganjurkan program Suara Kita bagi memberi gambaran kepada alumninya mengenai peluang kerjaya ketika situasi berkenaan.

Program kerjasama PPA dan Alumni UniMAP @ Chapter Tengah serta Akademi KRU dengan tajuk “Digital Economy: Enhancing The Wealth, Productivity & Quality Life” berlangsung secara dalam talian dengan speaker jemputan siri ketiga itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Dato’ Norman Abdul Halim.

Read more: SUARA KITA DEDAH PELAJAR & ALUMNI UniMAP KERJAYA...

Pengurangan Yuran UniMAP Masih Dalam Kajian

OLEH : SUHANA ABD MUTALIB

ARAU,2 FEB – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih mengkaji mekanisme terbaik sebelum memutuskan sebarang ketetapan pemulangan atau pengurangan yuran pelajar susulan pandemik COVID-19 yang masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, ia susulan kadar yuran yang dikenakan di universiti itu masih berada pada paras rendah berbanding universiti lainnya di negara ini.

Read more: Pengurangan Yuran UniMAP Masih Dalam Kajian