A+ A A-

UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan

Oleh : Suara Merdeka

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan pembangunan insan yang holistik sebagai amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh negara.

Selain memastikan kurikulum yang ditawarkan adalah relevan kepada pihak industri, UniMAP sentiasa membuka peluang kepada mahasiswanya untuk bergerak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Hasil daripada usaha tersebut, sebagai contoh, mahasiswa UniMAP telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara, antaranya Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2018, Anugerah The Best Project (Subcourse B) untuk Program Commtech Camp Highlight 2019, Surabaya, Indonesia; tempat ke-4 keseluruhan bagi Anugerah Persembahan Bakat di Asia Summer Program (ASP), Anugerah Kesukarelawanan Suksis Terbaik dan penyertaan dalam Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Program Sukarelawan Antarabangsa.

Read more: UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan

UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi Covid-19

Oleh : Suara Merdeka

UNIVERSITI  Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah yang drastik dari awal dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 melalui penggunaan sepenuhnya ‘Teknologi Digital’ dalam urusan pentadbiran Universiti supaya sistem penyampaian dan perkhidmatan tidak terkesan akibat daripada penularan wabak maut ini.

Selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 4 Mei 2020, UniMAP telah mengambil langkah mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada setiap hari melibatkan kesemua Ketua-ketua Jabatannya untuk merancang dan menggerakkan segala tugas sepanjang tempoh PKP dan sehingga kini sebanyak 28 kali mesyuarat telahpun diadakan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu sesi taklimat khas yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor UniMAP, Bangunan Canselori universiti di Pauh Putra semalam.

Read more: UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi...

UniMAP Anjur Karnival Kerjaya e-NICE 5 Secara Dalam Talian

Oleh : Aininulniza Binti Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 5 Mei - Walaupun negara kini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited meneruskan penganjuranprogram tahunannya iaitu karnival kerjaya khusus untuk para pelajar tahun akhir.

Namun, bagi menyesuaikan dengan situasi semasa program yang dinamakan Karnival Kerjaya Northern Industrial Career Engagement 2020 (e-NiCE5)  itu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dengan pembabitan sektor industri yang  memberansangkan.

Program anjuran Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarajat (CEICNet), Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital (DMDC) UniMAP dengan kerjasama pihak Talentbank itu berjaya menarik penyertaan hampir 50 syarikat dan agensi kerajaan dari pelbagai sektor industri.

Read more: UniMAP Anjur Karnival Kerjaya e-NICE 5 Secara...

Teruja Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Oleh : Suhana Abd Mutalib & Aininulniza Mohd Yusof

Pauh Putra, 29 April - Selepas lebih dua bulan tidak bertemu keluarga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, para pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkongsi keterujaan masing-masing apabila dapat berbuka puasa bersama keluarga hari ini.

Bagi Siti Nor Aisyah Mohd Shamsudin, dari Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) berkata, sebaik sahaja mengetahui yang dia akan menyertai kelompok pelajar UniMAP pulang pada hari ini, ibunya telah bersedia dengan menyediakan juadah kegemarannya.

Ujarnya yang berasal dari Kangar meskipun jarak antara UniMAP dan kediamannya tidak begitu jauh, namun PKP yang mula dilaksanakan 18 Mac lalu menjadi penghalang untuk dia pulang bertemu keluarga.

“Jika sebelum ini saya boleh sahaja pulang menyambut Ramadan bersama keluarga, namun suasana kali ini amat berbeza. Saya sendiri tidak menjangkakan PKP akan berlarutan sebegini lama sewaktu memilih untuk kekal di asrama di awal pelaksanaannya dahulu di samping menyiapkan kerja yang diberi pensyarah bersama rakan-rakan.

Read more: Teruja Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Ibu, Ayah Tunggu Kepulangan Kami!

Oleh : Suhana Abd Mutalib & Mohd Basri Basir

PAUH PUTRA, 28 April - Perasaan teruja jelas tergambar pada wajah pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan salah satu dari sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang terlibat dalam proses penghantaran pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kesemua pelajar terbabit merupakan sebahagian dari pelajar yang kekal berada di asrama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu yang kini telah memasuki fasa keempat pelaksanaan.

Bagi Sharina Tifanny Darias, dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik, beliau memilih untuk pulang menerusi inisiatif kerajaan itu memandangkan ia dilaksanakan mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP) yang ketat dan menjamin keselamatan para pelajar secara keseluruhannya.

Read more: Ibu, Ayah Tunggu Kepulangan Kami!

JBPM LAKSANA PROSES SANITASI BAS UniMAP

Oleh : Suhana Abd Mutalib

Pauh Putra, 27 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis menerusi Balai Bomba Arau mengetuai operasi sanitasi untuk bas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang akan digunakan dalam penghantaran pulang pelajar-pelajar universiti tersebut ke kampong halaman bermula 29 April ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, proses sanitasi itu membabitkan lapan buah bas dan empat buah van yang akan bergerak menuju zon pertama penghantaran iaitu zon utara membabitkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 29 April ini.

“Sanitasi ini dilakukan bagi memastikan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar sentiasa bersih dan selamat untuk kegunaan pelajar. Melalui proses ini, kami berharap pelajar akan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Read more: JBPM LAKSANA PROSES SANITASI BAS UniMAP