A+ A A-

CEGeoGTech UniMAP Anjur ICCI 2020 Tambah Minat STEM Generasi Muda

KANGAR, 10 Februari – Usaha bagi menambah minat golongan muda terhadap Pendidikan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  yang terus menjadi salah satu agenda pendidikan negara pada tahun ini turut diberi perhatian oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

Universiti berteraskan kejuruteraan di utara itu menerusi Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) berjaya menganjurkan The 1st International Conference on Creativity and Innovation (ICCI 2020) sempena persidangan 2nd International Conference on Green Engineering and Technology (IConGETech 2020) dan Pameran Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition 2020 (IPITEx 2020), di Bangkok baru-baru ini.

 

Pengurus CEGeoGTech, Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata menyedari keperluan STEM dalam mengharungi Revolusi Industri ke-4 yang semakin rancak, pusat kecemerlangan berkenaan mengambil inisiatif menganjurkan ICCI 2020  yang dianjurkan dengan kerjasama World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) itu.

 

“Ia bertepatan dengan amanat dan aspirasi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku pemangku Menteri Pendidikan ketika Majlis Amanat dan Aspirasi Bersama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 baru-baru ini.

 

“UniMAP turut mengambil tanggungjawab bersama-sama memberi perhatian dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM serta berkemahiran tinggi terutama kepada golongan muda seawal dari sekolah rendah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

 

ICCI yang bermula 3 Februari hingga 5 Februari 2020 melibatkan beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan beberapa negara lain menfokuskan kepada pembentangan penyelidik sekolah rendah sehingga universiti.

 

Tambah Dr Mustafa, ICCI 2020 menerima lebih daripada 100 penyertaan membabitkan 200 pelajar sekaligus memberi inspirasi penganjuran ICCI secara bersiri pada masa akan datang di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

 

“Kekurangan pengetahuan berkaitan kerjaya graduan sains dan kurangnya bimbingan pemilihan kerjaya dalam bidang sains menyebabkan golongan muda masa kini kurang memberi tumpuan dalam bidang berkenaan.

 

“Pada ICCI ini, peserta diberi pendedahan dengan melakukan aktiviti yang memberi peluang mereka menunjukkan hasil inovasi berkaitan STEM sekaligus membuang tanggapan negatif mengenai bidang itu,” kata beliau.

 

Majlis  Penutup ICCI 2020 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof Ts Dr Uda Hashim disaksikan Pengarah Pembangunan Antarabangsa WIIPA, Yang Lung Shih.

UniMAP Perkukuh Hubungan Dengan Universiti di Jepun

KANGAR, 6 Februari – Selaras dengan usaha transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah jauh ke negara matahari terbit bagi melonjakkan hubungan antara UniMAP dengan universiti negara berkenaan.

Usaha itu direalisasikan sempena lawatan rasmi delegasi UniMAP diketuai Naib Canselornya ke negara itu menerusi majlis menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) di antara UniMAP dan Universiti of Yamanashi (UoY), Jepun.

Dalam majlis itu, UniMAP diwakili Naib Canselor UniMAP Prof Ir Dr R Badlishah manakala UoY diwakili Presidennya Prof. Shinji Shimada.

Read more: UniMAP Perkukuh Hubungan Dengan Universiti di...

UniMAP Tubuh IAUN – CHAPTER MEDAN Perkasakan Alumni Antarabangsa

MEDAN, 29 Januari – Bagi merealisasikan hasrat universiti mewujudkan jaringan kerjasama alumni antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menubuhkan “International Alumni UniMAP Network (IAUN) – Chapter Medan”, di sini, hari ini.

Majlis perasmian penubuhan IAUN-Chapter Medan berkenaan diadakan di Institut Teknologi Medan (ITM) anjuran Unit Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Sempena majlis perasmian itu, Rektor ITM Medan Dr. Ir. Mahrizal Masri dilantik sebagai Presiden manakala Timbalan Rektor ITM Medan, Dr. Ir. Hermansyah Alam dilantik sebagai Timbalan Presiden IAUN- Chapter Medan itu.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata penubuhan IAUN – Chapter Medan adalah ”pioneer” untuk permulaan perhubungan Alumni Antarabangsa UniMAP di seluruh dunia.

Read more: UniMAP Tubuh IAUN – CHAPTER MEDAN Perkasakan...

Pens Industries Taja Penyelidikan Batu Kapur UniMAP

KANGAR, 8 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pens Industries Sdn Bhd menandatangani perjanjian persetujuan tajaan (SRA) bagi membiayai projek penyelidikan berkaitan penghasilan batu kapur.

UniMAP menerusi Technopreneur at UniMAP Sdn Bhd (TUSB) diwakili Naib Canselornya Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad manakala Pens Industries diwakili Pengarah Eksekutifnya, Syed Atif Syed Abu Bakar.

Anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) itu memberi tajaan sebanyak RM500,000 dengan (TUSB) yang juga anak syarikat UniMAP Holdings bagi projek ‘Propertise and Classification Analysis of Limestone (Pens Industries) & Digital Mapping for Geospatial Mapping’ dengan dua pelaksanaan.

Dr R Badlishah berkata kerjasama terjalin di antara UniMAP dan Pens Industries menerusi pasukan penyelidik UniMAP dan industri berkenaan sejak tahun lalu berkaitan penghasilan batu kapur serta pelbagai bidang penyelidikan lain.

Read more: Pens Industries Taja Penyelidikan Batu Kapur...

Bangunan Canselori Bakal Beroperasi Mac

 

PAUH PUTRA – Bangunan Canselori Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menempatkan tiga jabatan utama universiti itu dijangka beroperasi Mac tahun ini di Kampus Tetap UniMAP, di sini.


Bangunan lima tingkat itu bakal menempatkan Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari dengan kemudahan Auditorium, surau, bilik mesyuarat, kafeteria, wakaf dan Dewan Senat.


Naib Canselor UniMAP Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata projek pembinaan bangunan baharu itu bermula sekitar 2014 di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK Ke-10) bersama tujuh projek baharu yang diluluskan.


Ujarnya, RNEM Engineering Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek berkenaan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis mulai 15 Ogos 2016 dan dijadualkan siap pada penghujung 2018 namun dilanjutkan sehingga pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 13 Disember tahun lalu.


“Alhamdullilah, dengan siapnya bangunan ini pihak UniMAP tidak lagi akan meneruskan sewaan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kangar sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan belanja mengurus dan pengurusan kos operasi serta penyelenggaraan bangunan,” kata beliau ketika berucap di Majlis Penyerahan Projek Bangunan Canselori dari JKR kepada UniMAP di Dewan Senat bangunan berkenaan, pada 21 Januari 2020.

Read more: Bangunan Canselori Bakal Beroperasi Mac

Timbalan Naib Canselor (P&I) dan Jurnal UniMAP Terima Anugerah DI MRSA 2019

 

Putrajaya, 6 Nov – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima Anugerah Malaysia Research and Innovation Excellence (Science & Applied Science) di Majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA 2019) & Pengiktirafan Jurnal Creme 2019.

Prof Dr Uda Hashim menerima anugerah berkenaan di majlis anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia itu bagi kategori Research & Innovation Excellence (Researcher) (Clarivate Analytics) manakala Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Prof Madya Dr Ong Soon An dalam kategori Prominent Topics in Research (Elsevier).

Read more: Timbalan Naib Canselor (P&I) dan Jurnal UniMAP...