A+ A A-

KERJASAMA UniMAP DAN IPGKDA TINGKATKAN KUALITI P&P

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 13 Januari 2022 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kedua-dua institusi.

Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli manakala IPGKDA diwakili Pengarahnya, Kol. Kehormat (PA) Hashim Asman disaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Ts. Dr Rizalafande Che Ismail dan Timbalan Pengarah IPGKDA, Dr Amani Abdullah Mubarak.

Prof. Zaliman berkata kerjasama berkenaan adalah bagi membangunkan ‘Lightboard Studio’ bagi membantu meningkatkan kualiti P&P dalam kalangan pensyarah dan bakal guru di IPGKDA khususnya.

Read more: KERJASAMA UniMAP DAN IPGKDA TINGKATKAN KUALITI P&P

27 PELAJAR MENANG PRK UniMAP

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 13 Januari - Seramai 27 calon pelajar diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pemilihan mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021/2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Mahasiswa (JPPM) sesi 2021/2022, Muhammad Aideit Mohd Annuar Mushadad berkata, seramai lapan calon telah tampil bertanding bagi Konstituensi Umum, manakala 20 calon lagi telah menawarkan diri bertanding bagi Konstituensi Fakulti dan Khas.

Read more: 27 PELAJAR MENANG PRK UniMAP

UniMAP TANDATANGAN MoU DENGAN LOTUS MFZ

OLeh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 12 JANUARI – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah ke hadapan ke arah perkembangan kemajuan teknologi solar photovoltaic (PV) menerusi kerjasama dengan Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn Bhd (LOTUS MFZ).

MOU tersebut ditandatangani oleh UniMAP yang diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Zaliman Sauli manakala LOTUS MFZ diwakili Ketua Pengarah Eksekutif, Asmadi Bin Tu.

Kerjasama yang terjalin antara LOTUS MFZ dan UniMAP dilihat sebagai inisiatif proaktif yang diambil oleh LOTUS MFZ dalam usaha pembangunan dan penyelidikan bidang teknologi hijau.

Read more: UniMAP TANDATANGAN MoU DENGAN LOTUS MFZ

UniMAP SALURKAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 11 Januari - Hanya mengambil masa dua minggu bagi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengumpulkan dana bantuan tunai berjumlah RM10,000 untuk membantu mangsa yang terkesan ekoran banjir yang melanda beberapa negeri pertengahan Disember lalu.

Malah UniMAP juga turut berjaya mengumpulkan RM5,000 sumbangan berbentuk barangan yang diraih hasil sumbangan staf dan pelajar universiti tersebut.

Read more: UniMAP SALURKAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR

UniMAP TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 3 Januari - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir apabila menghantar seramai 60 sukarelawan di kawasan Temerloh, semalam.

Mereka terdiri daripada pelajar dan staf yang mempunyai pelbagai kepakaran akan berkampung selama 3 hari di lokasi tumpuan iaitu Kampung Batu Kapor bagi membantu operasi mencuci dan membersih kawasan yang terjejas akibat banjir yang melanda pertengahan Disember lalu.

Read more: UniMAP TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR

PEGAWAI KOR SUKSIS UniMAP DISARAN CEBURI KERJAYA POLIS

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 19 Disember –  Seramai 56 pelatih Kor SUKSIS Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Skuad 2018 menerima sijil pentauliahan pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Siri 2/2021 yang diadakan di Auditorium Canselori, di sini hari ini.

Sijil disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mazli Mazlan.

Read more: PEGAWAI KOR SUKSIS UniMAP DISARAN CEBURI KERJAYA...