A+ A A-

MENTERI PENGAJIAN TINGGI LANCAR UniMAP FOR SOCIETY

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 16 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan penjenamaan UniMAP for Society dalam memasyarakatkan universiti dengan mengintegrasikan kepelbagaian bidang kepakaran atau transdisiplin. 

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP for Society merupakan satu tanggungjawab dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat melalui Program Pemindahan Ilmu yang berteraskan integrasi kepelbagaian bidang kepakaran bagi mensejahterakan masyarakat.

“Saya yakin UniMAP komited bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam masyarakat dengan melaksanakan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) menerusi Program Pemindahan Ilmu kepakaran dan kekuatan yang dimiliki oleh universiti ini.

Read more: MENTERI PENGAJIAN TINGGI LANCAR UniMAP FOR SOCIETY

UniMAP PROAKTIF LAHIRKAN SUMBER MANUSIA HOLISTIK

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 13 Oktober - Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadi negara membangun, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah proaktif dalam mempelbagaikan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi, sukan, kebudayaan, dan persidangan bagi melahirkan sumber manusia holistik yang memenuhi cabaran masa depan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, UniMAP berharap untuk menjadi agen perubahan bagi merealisasikan aspirasi ini.

“Sebagai rakyat kita wajar berubah, tambahan pula dengan kepesatan kemajuan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) global.

Read more: UniMAP PROAKTIF LAHIRKAN SUMBER MANUSIA HOLISTIK

UniMAP BERI PENDEDAHAN SISTEM TENAGA SOLAR PHOTOVOLTAIC

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 13 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam mengutamakan agenda penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan projek-projek penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti.

Sehubungan itu, UniMAP menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE) dan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) UniMAP menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Peningkatan Pengetahuan Dalam Sistem Tenaga Solar Photovoltaic Bersama Komuniti bagi 10 Buah Sekolah Rendah Di Negeri Perlis.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Ir. Dr Rizalafande Che Ismail berkata inisiatif Geran Dana Penyelidikan Komuniti (COMPRES) itu memberi pendedahan kepada guru dan pelajar cara pemasangan sistem tenaga solar photovoltaic.

Read more: UniMAP BERI PENDEDAHAN SISTEM TENAGA SOLAR...

UniMAP SAMBUT BAIK FRASA KELUARGA MALAYSIA

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 9 Oktober - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyambut baik saranan penggunaan frasa ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Ogos 2021 lalu.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata walaupun berbeza latar belakang, bangsa, agama, usia dan jantina tetapi ada satu perkara yang menghubungkan warga UniMAP iaitu universiti itu sendiri.

“Saya menyeru semua ahli keluarga UniMAP untuk menggunakan frasa yang sama tetapi fokusnya kepada Keluarga UniMAP kerana kita ini ibarat anggota tubuh yang saling melengkapi dan pincanglah pergerakkan andai kita tidak bersatu.

Read more: UniMAP SAMBUT BAIK FRASA KELUARGA MALAYSIA

UniMAP LANCAR HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT UniMAP

Oleh: Nurul Aida Othman 

PAUH PUTRA, 9 Oktober - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Hari Sukan Negara peringkat UniMAP yang berlangsung di sini, semalam. 

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, ia diadakan bagi meraikan Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 

“Ini adalah langkah kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara bersukan di mana wujudnya rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup. 

“Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti. 

Read more: UniMAP LANCAR HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT UniMAP

UniMAP TERIMA 1,901 PELAJAR BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 9 Oktober – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merekodkan kemasukan seramai 1,901 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi Semester Satu Sesi 2021/2022, hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata mereka terdiri daripada 947 pelajar lelaki dan 954 pelajar perempuan itu bakal mengikuti Minggu Suai Kenal yang dijadual berlangsung selama tiga hari secara dalam talian terlebih dahulu bagi memprolehi maklumat penting sepanjang mengikuti pengajian di universiti itu.

“Pelajar baharu ini akan mula mengikuti pengajian secara hibrid apabila pihak universiti membenarkan mereka ke kampus bagi fasa kedua iaitu mulai 22 Oktober bersama pelajar tahun dua dan pasca siswazah.

Read more: UniMAP TERIMA 1,901 PELAJAR BAHARU IJAZAH...