- Category: BERITA - Malay
- Written by Aininulniza
UniMAP Cemerlang Raih Empat Emas IPITEX 2020
Kangar, 7 Februari – Empat produk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih emas pada Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2020).
Ketua Delegasi UniMAP, Profesor Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah yang juga Exco Persatuan Penyelidikan Inovasi Malaysia (MyRIS) berkata UniMAP menghantar sebanyak 13 produk untuk IPITEX 2020.
“Empat produk yang meraih emas adalah IOT Based Food Poisoning Detector hasil penyelidikan Prof Dr Uda Hashim dan HY-HAp: A Novel Technique To Produce Low Sintering Temperature Hydroxyapatite (HAp) For Medical Application penyelidikan Wan Mohd Arif Wan Ibrahim.
“Produk ketiga adalah The Effects Of 3D Printer Processing Parameters On Strut Thickness And Radial Strength Of Pla Coronary Sten, oleh Prof. Madya Dr. Noorhafiza Muhammad serta Soil Stabilization Using Fly Ash And Ground Granulated Blast Slag (GGBS) Via Geopolymer Process For Subgrade Application dengan produk Syafiadi Rizki Abdila,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Ujar Dr Mustafa, selain empat produk itu, tujuh produk UniMAP meraih pingat perak manakala dua lagi gangsa.
“Selain dari menyertai pertandingan, UniMAP juga bertanggungjawab menguruskan penyertaan 101 produk dari pasukan Malaysia yang bertanding di IPITEX 2020.
“Deligasi Malaysia disertai 250 orang dari 44 sekolah dan institut pendidikan tinggi seluruh negara,”katanya.
IPITEX 2020 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari 2020 disertai lebih 1000 produk dari 23 buah negara antaranya Malaysia, Romania, Poland, China, Hong Kong, Sudan, Taiwan, Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Canada, India, Vietnam, Japan, Korea Selatan, Macau, Laos dan tuan rumah, Thailand.